Google Malaysia Mohon Maaf, Akui Silap Papar Nilai Tukaran Wang USD-MYR
Menurut BNM, insiden itu adalah kesilapan kali kedua dalam tahun ini dilakukan Google dengan menerbitkan data kadar pertukaran USD-MYR yang tidak tepat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial tangkap layar yang menunjukkan kadar mata wang Ringgit Malaysia (MYR) yang jatuh ke paras RM4.98 berbanding US$ 1 (Dolar US) yang diterbitkan oleh Google Malaysia.
Bagaimanapun, Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi satu ciapan di laman X rasminya pada Sabtu lalu (16 Mac) telah menegaskan bahawa data kadar pertukaran (USD-MYR) itu adalah tidak tepat.
Kenyataan itu dikeluarkan BNM selepas tangkap layar berkenaan sohor di media sosial hingga ada yang mengambil kesempatan menjadi isu itu satu cubaan menghentam kerajaan dan BNM.
Google Malaysia mohon maaf dan akui tersilap papar
Terbaharu, Google Malaysia hari ini (18 Mac) mengakui kesilapannya dan telah membuat permohonan maaf.
Menerusi ciapan balas di laman X, Google Malaysia memaklumkan pihaknya telah menyelesaikan isu tersebut bersama pihak ketiga.
“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran USD-MYR untuk membetulkan kesilapan.
“Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku.
“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan berkait hal kewangan,” katanya.
BNM tegaskan kadar pertukaraan USD-MYR di Google tidak tepat
Terdahulu, menurut BNM, insiden itu adalah kesilapan kali kedua dalam tahun ini dilakukan Google dengan menerbitkan data kadar pertukaran USD-MYR yang tidak tepat.
Difahamkan, pihak BNM juga sebelum ini sudah menghantar surat peringatan tegas kepada Google berikutan insiden salah lapor pertama yang terjadi pada 6 Februari lalu itu.
Thank you for bringing this to our attention. We immediately contacted the third party that provides USD-MYR exchange rate information to correct the error. The issue has now been resolved and we apologize for any confusion caused.
— Google Malaysia (@GoogleMsia) March 18, 2024