fbpx
Now Reading
Belanjawan 2024: Ini Antara Senarai Pelepasan Cukai Individu Yang Diumum PM

Belanjawan 2024: Ini Antara Senarai Pelepasan Cukai Individu Yang Diumum PM

Antara yang mendapat pelapasan cukai yang diberikan adalah had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima pekerja atau dibayar terus oleh majikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari Ini (13 Oktober) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan Malaysia Madani 2024.

Menerusi pembentangan itu, Anwar Ibrahim memaklumkan sebanyak RM393.8 bilion telah diperuntukkan bagi belanjawan 2024. Ini secara tidak langsung mencatatkan amaun tertinggi dalam sejarah.

Sewaktu pembentangan Anwar turut mengumumkan beberapa pelepasan cukai bagi meringankan beban orang ramai.

Di bawah kami senaraikan pelepasan yang diumumkan PM dalam belanjawan 2024 antaranya:

  • Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu, pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi khusus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.
  • Skop bagi pelepasan gaya hidup meliputi yuran untuk sertai kursus kemajuan kendiri seperti kursus bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya.
  • Kerajaan bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas perbelanjaan kemudahan pengecasan EV untuk tempoh 4 tahun dan potongan cukai bagi kos sewaan EV untuk tempoh 2 tahun lagi.
  • Kerajaan mencadangkan bahawa had pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak ditingkatkan daripada RM2,400 kepada RM3,000.
  • Kerajaan mencadangkan pelepasan cukai khusus untuk pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. Pelepasan ini juga akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengukuti latihan sukan.
  • Untuk melahirkan generasi masa depan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berbakat dalam sukan – kerajaan akan beri potongan cukai sehingga 10% daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat yang menyumbang kepada institusi, organisasi atau tabung yang diluluskan di bawak subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melaksanakan program pendidikan termasuk pendidikan sukan.
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.