fbpx
Now Reading
“Dua Kali Anwar Cabar” – Fahmi Fadzil Bidas Kenyataan Tiada Jaminan Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM Diterima

“Dua Kali Anwar Cabar” – Fahmi Fadzil Bidas Kenyataan Tiada Jaminan Usul Undi Tidak Percaya Terhadap PM Diterima

Menurut Fahmi, Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah mencabar pihak pembangkang mengenai usul undi tidak percaya itu sebanyak dua kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membidas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mengenai tiada jaminan tentang usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diterima Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Anwar sudah cabar usul undi tidak percaya sebanyak dua kali

Menerusi satu ciapan di akaun X (Twitter) rasminya, Fahmi berkata sebelum ini Anwar sudah mencabar sebanyak dua kali mengenai perkara tersebut selain menyatakan kesudian mengurangkan tempoh menjadi tiga hari sekiranya pihak pembangkang mempunyai undi tidak percaya yang mencukupi.

“Tidak benar. Dia (Anwar) telah cabar dua kali sebelum ini, malah berjanji untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk memfailkan usul itu.

“Mungkin Ahli Parlimen Pasir Mas sudah lupa atau malas nak ingat,” katanya dalam satu ciapan hari ini (12 Januari).

Pada masa sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut melampirkan dua tangkap layar keratan akhbar mengenai kenyataan yang disebutnya itu untuk memberi bukti bahawa dakwaan Ahmad Fadhli tidak berasas.

Ahmad Fadhli dakwa tiada jaminan usul tidak percaya akan diterima untuk dibahas dan diundi

Awal hari ini, FMT melaporkan bahawa Ahmad Fadhli mendakwa tiada jaminan usul tidak percaya akan diterima untuk dibahas dan diundi memandangkan sebelum ini beberapa usul ditolak ‘mentah-mentah’.

“Usul tidak percaya bukan satu-satunya kaedah menukar kerajaan, malah tidak pernah berlaku di negara ini,” kata Ahmad Fadhli.

Ini susulan daripada kenyataan Anwar bahawa pembangkang tiada kekuatan di Dewan Rakyat bagi menjatuhkan kerajaan, termasuk membawa usul tidak percaya terhadapnya sebagai Perdana Menteri.

Langkah usul undi tidak percaya tidak pernah dibuang pembangkang sejak setahun lalu

Jelas Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan itu lagi, kerajaan juga sudah memberi peluang kepada usul tidak percaya dibuat, namun langkah itu tidak pernah dilakukan pembangkang sejak setahun lalu.

“Kalau sanggup, dari Disember 2022 masa ‘motion of confidence’ lagi mereka akan menunjukkan kekuatan mereka,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.