Fahmi Fadzil & MCMC Akan Adakan Perbincangan Dengan Google, Bincang Isu Kandungan Lucah Di YouTube
Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook pendedahan seorang guru mengenai insiden murid tahun satu yang menonton aksi lucah di YouTube hanya dengan menaip ‘xxxxxx’ di ruangan carian.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kecanggihan teknologi pada masa kini tidak dapat dinafikan sememangnya memudahkan kehidupan seharian.
Ini kerana dengan hanya menaip apa sahaja di internet, segala maklumat yang dimahukan akan terpapar di skrin peranti masing-masing.
Malah, ia turut memudahkan kehidupan di mana segala aktiviti seperti pembayaran bil, membeli belah serta pembelajaran anak-anak.
Namun hakikatnya, kecanggihan teknologi boleh memberi kesan yang buruk khususnya kepada kanak-kanak walaupun diakui pembelajaran menjadi mudah dengan penggunaan gajet dan internet.
Murid Tahun 1 Buat Aksi Lucah Lepas Tonton Di YouTube
Sejak Selasa yang lalu (12 Disember), kecoh di media sosial satu hantaran dari akaun Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi mengenai aduan dari seorang guru sekolah rendah.
Menurut guru berkenaan, dia terkejut melihat murid tahun satu melakukan aksi lucah di dalam kelasnya.
Hairan dengan perbuatan murid tersebut, dia meminta pelajar itu membuat carian tentang apa yang ditontonnya di YouTube.
Hasil pencarian itu nyata mengejutkan guru berkenaan apabila video berkaitan unsur lucah dan seksual telah keluar di platform video tersebut dengan hanya menaip ‘x’ sebanyak lima kali.
Malah, semakan kami mengesahkan dakwaan tersebut apabila kandungan sedemikian muncul sebaik kami menaip ‘keyword’ tersebut.
Fahmi Fadzil Akan Adakan Pertemuan Dengan Google
Hantaran itu nyata mendapat perhatian Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Menerusi akaun Facebook rasmi miliknya, beliau menganggap ia satu perkara yang tidak masuk akal.
Ekoran daripada ini, beliau dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengadakan pertemuan bersama syarikat enjin carian internet popular iaitu Google.
“This is ridiculous. Saya & MCMC akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini. Insya-Allah pertemuan minggu depan,” tulisnya di Facebook.
This is ridiculous. Saya & MCMC akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini. Insya-Allah pertemuan minggu depan.
Posted by Fahmi Fadzil on Wednesday, 13 December 2023
Warganet Sambut Baik Respon Fahmi Fadzil
Respon yang diberikan oleh Menteri Komunikasi itu disambut baik oleh ramai pihak. Rata-ratanya berharap agar kawalan kandungan di internet dapat diperketatkan terutama kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Namun, ada segelintir yang berpendapat bahawa ibu bapa juga turut memainkan peranan penting dalam mengawal dan memantau penggunaan telefon bimbit anak-anak mereka.
Sampai kepada menteri dah. Alhamdulillah. Isu ni ada 3 perkara yang ibu bapa kena nampak. 1. Sekatan. Ini kerja pihak…
Posted by Akhi Fairuz Al-Jengkawi on Wednesday, 13 December 2023
Terdahulu, pendedahan yang dibuat menerusi akaun Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi nyata menarik perhatian ramai.
Ini kerana aksi lucah itu dilakukan oleh murid tahun satu yang didakwa tidak tahu menulis dan membaca.
Hantaran itu nyata merisaukan ramai pihak kerana rata-rata daripada mereka mengakui kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak semakin berleluasa dan mudah untuk didapati.
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Lumpuh Ditendang Gara-Gara Tegur Kawan Sebar Video Lucah Dalam Grup WhatsApp Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: Kes Buli MRSM : Tegur Rakan Tonton Video Lucah Punca Mangsa Dibuli