fbpx
Now Reading
Pelajar Lumpuh Ditendang Gara-Gara Tegur Kawan Sebar Video Lucah Dalam Grup WhatsApp Sekolah

Pelajar Lumpuh Ditendang Gara-Gara Tegur Kawan Sebar Video Lucah Dalam Grup WhatsApp Sekolah

Menurut si ibu, pelajar berkenaan yang merupakan ketua kelas telah bertindak menegur rakan sekelasnya yang menyebarkan video lucah sebelum ditendang di bahagian kepala.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu buli dan pukul di sekolah bagai tiada pengakhirannya, malah setiap tahun ada sahaja kes yang melibatkan pelajar.

Meskipun tahu apa tindakan yang bakal dikenakan jika terlibat di dalam kes tersebut namun segelintir daripadanya seperti tidak gentar.

Malah ada yang terus ingkar sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada mangsa dan ada juga yang membawa maut.

Pelajar ditendang kerana tegur rakan sekelas sebar video lucah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial yang dimuat naik seorang ibu yang sedih apabila menerima panggilan daripada warden memaklumkan anak yang disayangi cedera selepas ditendang kawan sekelas hanya kerana menegur tindakan mereka menyebarkan video lucah.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, si ibu menyatakan warden asrama memberitahu bahawa anak lelakinya menjadi lumpuh sehingga tidak boleh mengerakkan badan atas tindakan rakan sekelasnya itu.

Menurut ibu kepada pelajar berkenaan, anaknya merupakan seorang yang tidak sukakan keganasan, konfrontasi serta kekerasan malah jiwa pelajar itu penuh dengan empati.

Ini kerana dia telah didik dari kecil untuk bergaul dengan gelandangan, anak-anak yatim, Orang Asli serta golong vulnerable.

Video lucah disebarkan di grup WhatsApp

Katanya, pelajar berkenaan merupakan seorang ketua kelas telah bertindak menegur rakan yang menyebarkan video lucah di dalam sebuah grup di aplikasi WhatsApp sekolah.

Namun apabila ditegur akan perbuatan tersebut rakannya kemudian telah bertindak menendang kuat di bahagian kepala anaknya secara tiba-tiba.

Syukur anak masih dilindungi Allah, maklum laporan polis sudah dibuat

“Tapi itulah takdir Allah yang sangat berat untuk hati seorang ibu menerimanya bila anak orang lain boleh berbuat sesuka hati terhadap anak sendiri,” katanya.

“Mujur Allah pelihara anak saya, doktor kata kalau tendangan tu kena bahagian bawah sikit, maka gelaplah dunia mama. Syukur Allah pelihara.”

Sementara itu, wanita itu turut memberitahu bahawa anaknya sudah boleh mengerakkan tangan dan kaki tetapi ujian MRI masih perlu dijalankan untuk melihat kecederaan di bahagian dalaman.

“Doakan anak saya sembuh dan jauh daripada segala mudarat,” jelasnya yang turut memberitahu satu laporan polis juga telah dibuat.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar pelajar itu kembali sihat seperti sedia kala.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar hal tersebut di bawa ke tengah untuk mengetahui tindakan selanjutnya.

“Kalau dah sampai nyawa hampir ke hujung tanduk, memang tak akan sesekali maafkan. Biar bagi pengajaran..”

“Pastikan adik yang tendang tu dibuang sekolah. Menyebar kandungan lucah pun kategori salah yang besar..”

“Semoga adik sembuh sepenuhnya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.