fbpx
Now Reading
Simbah Air Panas Kerana Berang Anak Tonton Video Lucah, Ibu Dipenjara 3 Tahun

Simbah Air Panas Kerana Berang Anak Tonton Video Lucah, Ibu Dipenjara 3 Tahun

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada anak lelakinya yang ketika kejadian berusia 13 tahun dengan menyimbah air panas ke arah mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara berang anak lelakinya menonton video lucah di telefon bimbit miliknya, seorang ibu telah bertindak menyimbah air panas terhadap mangsa pada dua tahun lalu.

Tindakan wanita ibu membuatkan dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Melaka hari ini (31 Januari) selepas dia membuat pengakuan bersalah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 38 tahun itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas anaknya yang ketika kejadian berusia 13 tahun dengan menyimbah air panas ke arah mangsa.

Perbuatan itu dilakukan olehnya kira-kira pukul 2.46 pagi di sebuah rumah di taman perumahan kakitangan kerajaan di Sungai Udang pada 27 Jun 2022.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Tertuduh berang anak lelaki guna data internet telefon bimbitnya untuk tonton video lucah

Dia bertindak demikian kerana berang dengan anak keduanya itu selepas didapati menggunakan data internet telefon bimbitnya untuk menonton video lucah.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Difahamkan, tindakan tertuduh mula terbongkar selepas rakan anaknya mendapati pakaian mangsa mempunyai kotoran kesan luka dan melaporkan tentang perkara itu kepada ibunya yang merupakan pengadu dalam kes pendakwaan.

Tertuduh tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan diberikan

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum ini membuat rayuan agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya dengan alasan dia mempunyai tiga anak kecil dan salah seorang daripadanya adalah kanak-kanak autism.

Tambah tertuduh lagi, dia juga merupakan pesakit psikiatri dan mengalami tekanan teruk sejak kejadian itu sehingga dos pengambilan ubatnya dinaikkan oleh doktor.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim bagaimanapun memohon agar hukuman setimpal diberikan terhadap tertuduh.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu 8 Julai 2023.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.