fbpx
Now Reading
“Dia Bawa Lori Macam Mana Man?” – Tular Wanita Meraung Lihat Kereta Suami Terperosok Bawah Treler [Video]

“Dia Bawa Lori Macam Mana Man?” – Tular Wanita Meraung Lihat Kereta Suami Terperosok Bawah Treler [Video]

Wanita itu dipercayai isteri kepada lelaki yang meninggal dunia selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa berlanggar dengan treler di Kawasan Perindustrian Lipat kajang, Jasin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (25 Mac), tular di media sosial video seorang wanita meraung berhampiran satu insiden kemalangan di Melaka.

“Dia bawa lori macam mana Man? Itu ayah kau… ayah kau. Dia tak tengok orang ke?” rintih wanita itu kepada anaknya yang turut berada di lokasi kejadian.

Wanita itu dipercayai isteri kepada lelaki yang meninggal dunia selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandu mangsa berlanggar dengan treler di Kawasan Perindustrian Lipat kajang, Jasin.

Treler keluar simpang, mangsa gagal mengelak

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, dalam kejadian pada 7.24 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Ahmad Johari Mohamad Nin, 48, bekerja sebagai pemandu bas kilang meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan terbabit berlaku ketika treler yang dipandu lelaki berusia 60 tahun itu dalam perjalanan menghala ke Lipat Kajang dari arah kilang kaca.

“Setibanya di simpang jalan, treler keluar dan pada masa sama kereta mangsa yang dari arah Lipat Kajang gagal mengelak dan melanggar bahagian tengah treler berkenaan.

“Akibat pelanggaran, pemandu kereta parah dan meninggal dunia, sebelum mayat dihantar ke Hospital Jasin untuk dibedah siasat,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurut Ahmad Jamil lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis sahkan kemalangan tidak melibatkan anak beranak

Ahmad Jamil pada masa sama turut mengesahkan kemalangan itu tidak melibatkan anak beranak seperti dakwaan sesetengah pihak sebelum ini.

Sementara itu, Komander Operasi Mohd Iskandar Ismail berkata, tujuh anggota BBP Jasin Bestari segera melakukan operasi menyelamat untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata Mohd Iskandar.

Terdahulu, video tular selepas kejadian yang tersebar di media sosial telah mengundang rasa sebak dan simpati orang ramai yang melihat rintihan pilu wanita itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.