fbpx

3 Lelaki Di Kajang Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Undang Kecaman Ramai [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, pihaknya sedang mengesan ketiga-tiga lelaki yang tular membakar anak kucing itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan kejam tiga lelaki membakar seekor anak kucing.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram Persatuan Haiwan Malaysia (@animalmalaysia), kejadian dikatakan berlaku di kawasan parkir motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang pada 22 April lalu.

“Selama ini kita dengar bakar kucing di luar negara. Semalam 22 April 2024 sekitar jam 2 petang seekor anak kucing dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan tiga orang lelaki hingga menyebabkan kecederaan parah.

“Seorang pelaku tukang bakar melakukan tugas kejam tersebut disaksikan dua rakan lainnya yang merupakan salah seorang adalah remaja bawah umur,” tulis Animal Malaysia di ruangan kapsyen.

Menurut persatuan itu, terdapat maklumat yang diterimanya bahawa satu laporan polis telah dibuat berhubung kes terbabit.

Polis sedang buru ketiga-tiga lelaki yang bakar anak kucing

Sementara itu, pihak polis memaklumkan sedang mengesan ketiga-tiga lelaki berkenaan selepas menerima laporan berhubung insiden itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita warga emas tempatan berusia 63 tahun pada pukul 10.31 pagi semalam (23 April).

Saksi nampak anak kucing sedang terbakar dan segera bantu padamkan api

Menurut pengadu, seorang saksi yang juga penduduk di flat berkenaan telah ternampak seekor anak kucing sedang terbakar dan dia segera mencurah air untuk memadamkannya sebelum membawanya ke klinik veterinar.

“Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku semalam (22 April) kira-kira pukul 1 tengah hari.

“Terdapat tiga suspek lelaki melepak di tapak letak kenderaan dan dua daripada suspek telah menyimbah bahan bakar ke atas anak kucing tersebut dan salah seorang menyalakan api.

“Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing tersebut berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Kosmo.

Anak kucing alami melecur tahap dua, kini dirawat di klinik veterinar swasta

Menurut Mohd Zaid, anak kucing berusia enam minggu itu kini ditempatkan di sebuah klinik veterinar swasta di Ampang susulan melecur tahap dua.

“Keadaan anak kucing agak kritikal dan perlu diletakkan di bawah pemerhatian rapi sekurang-kurangnya satu minggu.

“Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah pun mengenal pasti suspek dan kini sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, kes terbabit diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil di mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan.

Netizen pakat kecam tindakan pelaku, siap minta hukuman berat dikenakan

Memindai ke ruangan komen di Instagram pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tiga lelaki berkenaan yang tergamak membakar anak kucing terbabit.

Mereka turut meminta agar hukuman yang berat dikenakan agar perkara sebegini dijadikan pengajaran dan tidak akan berulang lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.