fbpx

Caprice Dakwa Disabotaj Selepas Dituduh Bersubahat Dengan Aliff Aziz & Ruhainies

Tuduhan yang dibuat mengenai dia bersubahat mahu menjatuhkan Bella turut memberi kesan kepada isterinya, Farah Inalis yang diserang oleh segelintir netizen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, cubaan penyanyi rap, Caprice yang ingin mencari jalan perdamaian bagi kontroversi hangat Aliff Aziz, Bella Astillah, Ruhainies dan seorang wanita yang mendakwa sebagai kekasih Aliff, Sarah Yasmin akhirnya memudaratkan dirinya sendiri.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, mendakwa disabotaj seseorang apabila dia dituduh bersubahat dengan Aliff dan Ruhainies.

Rancang ingin berjumpa di rumahnya tapi ada yang tukar pelan tiba-tiba

Caprice menerusi hantaran di Instagram Story (IG Story) berkata, pada awalnya dia telah merancang satu pertemuan untuk keempat-empat individu terbabit bersemuka di rumahnya pada pagi tadi.

Bagaimanapun, perjumpaan tersebut dibatalkan selepas Sarah mengubah pelan asal membuat pendedahan beberapa jam sebelum perjumpaan tersebut.

“Dia (Sarah) yang minta bantuan tapi bila kita dapat semua pihak dalam tempoh 24 jam untuk berdamai di rumah saya (pada Khamis), tiba-tiba dia sendiri tukar rancangan pada saat akhir.

“Sepatutnya semua pihak bersedia berdamai dan selesaikan pukul 11 pagi dekat rumah saya. Tiba-tiba ada pihak batal atau sabotaj saat akhir.

“Saya tarik diri untuk menolong mereka,” katanya.

Isteri Caprice turut terkena tempias, diserang segelintir netizen

Tidak hanya itu, tuduhan Sarah yang dia bersubahat mahu menjatuhkan Bella turut memberi kesan kepada isterinya, Farah Inalis yang diserang oleh segelintir netizen.

“Lain kali jangan cari saya kalau nak tukar pelan saat akhir sampai peminat kalian serang isteri saya tanpa sebab,” katanya.

Caprice kongsi kronologi kes di IG Story

Caprice pada masa sama turut memuat naik kronologi kes terbabit di IG Story untuk menceritakan tentang perkara sebenar di pihaknya.

Katanya, Aliff sendiri yang bertemu dengannya untuk berkongsi cerita mengenai kecurangan Bella, namun dia hanya menasihati pelantun lagu ‘Sayang Sayang’ itu membuat laporan polis.

Kongsinya lagi, setelah itu muncul pula Sarah yang meminta bantuannya menghubungi Aliff dan tercetus idea untuk mempertemukan kesemua mereka agar masalah tersebut dapat diselesaikan dengan pendamaian secara bersemuka.

Terdahulu, beberapa rakan selebriti turut terpalit dengan kontroversi berkenaan. Antaranya adalah pasangan adik-beradik Emma dan Chacha Maembong.

Nama mereka mula menjadi sebutan selepas Sarah memuat naik beberapa siri tangkap layar yang menurutnya diambil dari aplikasi WhatsApp pada telefon Aliff.

Baca Artikel Berkaitan: Berang Nama Dipetik Dalam Isu Aliff Aziz & Ruhainies, Chacha Maembong Tampil Beri Penjelasan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.