fbpx
Now Reading
Netizen Risau Projek Floating Market Di Sungai Melaka Tak Mampu Bertahan Lama

Netizen Risau Projek Floating Market Di Sungai Melaka Tak Mampu Bertahan Lama

Setakat 31 Januari, kemajuan pembangunan Floating Market di Sungai Melaka Fasa 2 kini sudah mencapai lebih 60%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasar terapung atau Floating Market yang menjual pelbagai jenis makanan dan barangan keperluan cukup terkenal di negara jiran Thailand.

Namun tidak lama lagi, pasar terapung itu akan beroperasi di Malaysia pula iaitu di Sungai Melaka bersempena dengan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin sebelum ini berkata, usaha itu adalah bagi memastikan terdapat kepelbagaian produk pelancongan di negeri tersebut.

Memetik laporan Melaka Hari Ini di Instagram, setakat 31 Januari, kemajuan pembangunan Floating Market di Sungai Melaka Fasa 2 kini sudah mencapai lebih 60%.

Baca Artikel Berkaitan: Melaka Tawar 10 Lokasi Menarik Yang Boleh Dilawati Secara Percuma Pada 20 Februari Ini

Susulan hebahan pasar terapung yang bakal beroperasi itu, orang ramai khususnya di platform media sosial telah memberikan pendapat masing-masing mengenainya.


Pasar Terapung Sungai Melaka Tak Tahan Lama?

Menerusi laman X (Twitter) seorang lelaki dikenali sebagai Joe (@jhnrdzi) memberikan pandangannya tentang Floating Market, Melaka yang akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Jelas Joe, dia beranggapan bahawa insiatif untuk mewujudkan pasar terapung itu sebagai tarikan para pelancong tidak akan bertahan lama kerana budaya tersebut telahpun ‘luput’ dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, masyarakat ketika ini lebih selesa membeli belah di pasar raya umum seperti Giant, Tesco, Jaya Grocer dan sebagainya.


Floating Market Thailand Berjaya Kerana Diusahakan Oleh Rakyat

Tambah Joe, pasar terapung di Thailand mendapat sambutan hangat orang ramai kerana ia diusahakan sendiri oleh rakyat tempatan di sana.

Dakwa lelaki itu, pasar terapung di Melaka yang akan dibuka ini pula hanyalah dilakukan kerana ‘dipaksa’ selepas melihat prestasi hebat di Thailand.

Pasar terapung Thailand. Sumber: Unsplash

Mungkin ada seorang anak Datuk yang balik dari Thailand dan teruja dengan apa yang dilihat, lalu mahu menirunya. Tanpa mengambil faktor budaya, sosial dan ekonomi kawasan kita.

Pemilik akaun X.

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Pasar Terapung Sungai Melaka

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat memberikan pelbagai pandangan mengenai pasar terapung yang bakal dibuka tidak lama lagi. Ada yang beranggapan bahawa projek itu adalah tidak asli.

“Nampak dipaksa, tak organic. Macam pokok yang ditanam atas divider tidak sama dengan pokok yang tumbuh sendiri di tengah hutan,” ujar seorang individu.

Malah ada juga yang berkata jumlah pelancong yang bakal hadir nanti tidak akan mencukupi dan mampu memudaratkan keuntungan pasar terapung.

“Masalahnya, volume pelancong memang tidak mencukupi untuk menampung pasar terapung untuk jangka masa panjang. Lokasinya juga kurang sesuai,” kata seorang netizen.

Sumber: X
Sumber: X

Ada juga yang membandingkan pasar yang akan dibuka itu dengan situasi terkini di Pasar Terapung Kolam JPS Perlis.

“Di Kangar, Perlis ada pusat pelancongan menyediakan pasar terapung dekat JPS. Saya pergi konon jakun nak tengok. Kosong tiada orang. Tiada apa yang terapung pun,” jelas seorang warganet.

Sumber: X

Tak Salah Mencuba, Sungai Melaka Cantik & Tidak Berbau

Sementara itu, ada juga yang memberikan reaksi positif terhadap langkah kerajaan kerana mahu mengembangkan lagi sektor pelancongan di Melaka.

“Ni salah satu usaha untuk tarikan pelancong. Bagi aku tak salah pun mencuba. Sungai situ pun dah cantik dan tak berbau kuat macam dulu. Memang dah jadi tarikan para pelancong.

“Lagi satu konsep floating market (di Melaka) ni jual makanan dan bukannya keperluan harian kalau nak bandingkan dengan Giant, Tesco dan lain-lain,” ulas seorang lelaki.

Sumber: X

Vendor Untuk Pasar Terapung Melaka Sedang Dicari

Sempena pembukaan Melaka Floating Market tidak lama lagi, pihak pengurusan kini sedang membuka slot kepada vendor-vendor sekitar Malaysia yang berminat untuk beroperasi di sana.

Jenis produk jualan bukan sahaja terhad kepada makanan semata-mata malah barangan seperti aksesori, pakaian, seni dan kraf juga termasuk sekali.

Difahamkan, pasar terapung ini akan beroperasi di Dataran Kampung Pengkalan Rama dan bersifat satu hala yang mana pengunjung yang menaiki bot Melaka River Cruise (MRC) boleh singgah secara terus.

Sumber: Facebook Orang Melaka

Baca Artikel Berkaitan: Bandaraya Melaka Diiktiraf Sebagai Bandar Terbersih di ASEAN

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.