fbpx

Bandaraya Melaka Diiktiraf Sebagai Bandar Terbersih di ASEAN

Anugerah yang diterima sebagai bandaraya terbersih di ASEAN itu secara tidak langsung telah menaikkan semangat serta pemangkin untuk menarik pelancong datang ke Melaka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Melaka terkenal dengan bandar bersejarah di negara ini. Malah jika ke sana sehingga kini anda masih lagi dapat melihat tinggalan sejarah seperti bangunan dan banyak lagi.

Bukan hanya itu, ia juga terkenal dengan beberapa budaya daripada kelompok penduduk di sana seperti Baba Nyonya dan bandar yang cantik serta sering menjadi pilihan pelancong.

Bandaraya Melaka terima anugerah ‘Clean Tourist City’

Malah lebih membanggakan apabila pada 26 Januari lalu, bandaraya bersejarah ini telah diiktiraf sebagai bandar terbersih di Asean.

Ya, anda tak salah dengar di Asean! Pengiktirafan itu diterima bandar tersebut sewaktu anugerah ‘Clean Tourist City Standard’ (ACTC) yang berlangsung di Vientiane, Laos.

Foto: Freepik

Anugerah diterima menaikkan semangat dan jadi pemangkin untuk tarik pelancong ke Melaka

Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin anugerah yang diberikan kepada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu sekali gus telah menaikan semangat.

Selain itu, ia turut menjadi pemangkin dalam menarik ramai lagi orang untuk melancong ke negeri tersebut sempena dengan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Alhamdulillah, MBMB berjaya memenuhi tujuh kriteria yang mengikut piawaian ditetapkan iaitu pengurusan persekitaran, kebersihan, pengurusan sisa sampah, kesedaran perlindungan alam sekitar, kawasan lapang, keselamatan dan kesihatan perbandaran dan terakhir, Infrastruktur dan kemudahan pelancongan.

“Pengiktirafan ini akan menjadi pemangkin bagi menggamit kehadiran pelancong dan merancakkan lagi industri pelancongan negeri,” ujarnya, dipetik Berita Harian.

Anugerah tersebut diadakan khusus buat ahli negara ASEAN dan ia bertujuan untuk menambah baik beberapa aspek dan juga kualiti pelancongan di bandar sesebuah tempat.

3 negeri terima anugerah ACTC mewakili Malaysia

Bukan hanya itu ia juga secara tidak langsung boleh meningkatkan taraf hidup penduduk. Sebanyak tiga negeri daripada 13 iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah berjaya menerima anugerah ACTC bagi mewakili negara ini.

“Pada tahun hadapan, kita perlu bersedia dengan acara terbesar iaitu ‘World Tourism Day’ (WTD) 2025 dan ‘World Tourism Conference’ (WTC) yang menyaksikan Melaka terpilih sebagai tuan rumah mewakili Malaysia.

“Pemilihan ini juga membuktikan bahawa Melaka adalah sebuah negeri pelancongan yang menjadi destinasi pilihan pelancong.”

Berita mengenai penerimaan anugerah itu turut dikongsikan oleh MBMB di Facebook rasminya pada 27 Januari lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.