fbpx
Now Reading
Bukan Makanan Western, Mat Salleh Dedah Chicken Chop Sebenarnya Dari Malaysia [Video]

Bukan Makanan Western, Mat Salleh Dedah Chicken Chop Sebenarnya Dari Malaysia [Video]

Menurut Greg, ‘Chicken Chop’ dicipta oleh migran Hainanese yang bekerja sebagai tukang masak di Malaysia kerana ia bersesuaian dengan citarasa masyarakat barat yang duduk di negara ini pada abad ke-19.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Malaysia tidak hanya memiliki makanan tradisinya tetapi hidangan daripada negara lain juga sangat mudah untuk didapatkan di pasaran.

Antara makanan yang mudah dan sentiasa menjadi kegemaran ramai termasuk masyarakat di sini seperti Western, Korea, Jepun dan banyak lagi.

Rasa yang sedap dan sesuai dengan citarasa masyarakat di Malaysia, hidangan makanan dari negara ini juga sentiasa menjadi pilihan utama selain daripada masakan tradisi.

Mat Salleh dedah chicken chop bukan asal dari makanan Barat

Walau bagaimanapun, baru-baru ini seorang lelaki mat salleh yang dikenali sebagai Greg Larcombe mendedahkan bahawa hidangan terkenal iaitu ‘Chicken Chop’ bukan berasal daripada makanan Western sebaliknya ia adalah ciptaan Malaysia.

Sebelum ini, isu berkenaan mula dibangkitkan oleh seorang pengguna TikTok yang terkejut sebaik mendapat tahu yang Chicken Chop adalah makanan berasal dari Malaysia.

Ia berikutan, Greg membuat satu video di Tiktok mengenai makanan Malaysia vs United Kingdom (UK) yang menjadi pilihannya.

Sebaik seorang wanita iaitu Amy yang dipercayai pasangannya bertanya kepada Greg antara Shepperd Pie (UK) dan Chicken Chop (Malaysia) yang mana satukah menjadi pilihannya. Meskipun ia adalah satu pilihan yang berat namun Greg memilih Shepperd Pie.

Sebaliknya Chicken Chop telah dicipta di Malaysia oleh bangsa Hainanese

Susulan daripada pertanyaan pengguna tersebut, Greg membuat satu lagi video untuk memberi penerangan mengenai menu terkenal itu.

“Sesuatu yang saya baru belajar bahawa ramai masyarakat Malaysia tidak menyedari bahawa Chicken Chop bukan berasal dari makanan Western sebaliknya ia datang dari negara ini iaitu Malaysia.

“Pasti anda berfikir ia makanan western hanya kerana ia kelihatan seperti itu. Malah anda juga sering melihatnya berada di dalam menu makanan western di Malaysia, tetapi sebenarnya tidak kerana hidangan itu dicipta di negara ini.

“Pada abad ke-19 ramai masyarakat China telah berpindah ke Malaysia khususnya mereka yang berbangsa ‘Hainanese’ dari selatan China dan kebanyakan mereka bekerja di rumah atau kem tentera British sebagai tukang masak dan sebagainya,” ujarnya.

Cipta chicken chop untuk citarasa masyarakat Barat yang duduk di Malaysia

Malah masyarakat Hainanese juga mengadaptasi makanan mereka sesuai dengan citarasa masyarakat barat yang tinggal di Malaysia pada waktu itu.

Katanya antara makanan yang dicipta oleh Hainanese pada ketika itu adalah Chicken Chop malah ia turut mempunyai sos tersendiri namun ia bukan makanan yang berasal dari barat.

“Kami hanya boleh dengan bangga mengatakan ‘Ayam Tika Masala’ berasal dari barat kerana ia dicipta di sana atau masyarakat migran ketika itu sama seperti Chicken Chop.”

@greggetseverywhere

Replying to @mulkan I’ve realised a lot of people don’t know that chicken chop is Malaysian! #food #foodtok #malaysianfood #malaysia

♬ original sound – Greg Larcombe

Rupanya ramai masih tak tahu Chicken Chop asal dari Malaysia

Melihat di ruangan komen, ramai masyarakat Malaysia yang teruja sebaik mengetahui mengenai perkara itu.

Malah ada yang mengatakan sewaktu ke negara barat mereka tidak menjumpai Chicken Chop di dalam menu mereka.

“Chicken Chop patut jadi hidangan utama kedua di Malaysia”

“Hananese Chicken Chop adalah terbaik!”

“Patutlah bila saya pergi ke negara barat, saya tak jumpa chicken chop, sangat terkejut”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.