fbpx

“79 Kaki Persegi”- Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman Duduk Apartment Bajet RM1,910 Sebulan Di Hong Kong [Video]

Zuwei berpendapat dia mungkin tidak boleh duduk bagi tempoh yang lama di apartment bajet yang bernilai RM1,910 itu dan akan menghabiskan banyak masa di luar berbanding bilik tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Hong Kong merupakan antara bandar yang berkembang dengan maju dan pesat di China.

Malah ia dapat dilihat apabila banyak bangunan tinggi turut dibina di bandar tersebut dan ia juga mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

Bukan hanya itu, ada juga yang mendakwa wilayah yang pernah ditadbir Britain hingga 1997 itu merupakan kawasan yang mempunyai kos hidup yang tinggi dan harga rumahnya juga begitu mahal.

Sudahlah mahal ruangan yang disediakan pula terlalu kecil.

Rakyat Malaysia kongsi pengalaman duduk apartment bajet di Hong Kong

Baru-baru ini, seorang rakyat Malaysia yang berkongsi pengalamannya duduk di apartment bajet di Hong Kong dengan keluasan yang sangat kecil.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Torres di Facebook yang telah membawa editor yang dikenali sebagai Zuwei daripada Malaysia untuk merasai pengalaman menyeronokkan bekerja di negeri terbabit.

Menurut Torres yang merupakan pencipta kandungan berpangkalan di Hong Kong, dia ingin Zuwei merasai realiti sebenar kehidupan di apartment bajet negeri itu.

“Jurang kekayaan di Hong Kong berada di tahap yang teruk dalam tempoh 10 tahun. Bandar ini merupakan negara kedua yang memiliki golongan ‘billionaires’ di dunia namun kebanyakan penduduknya adalah miskin,” katanya.

Tunjuk kehidupan rumah golongan atasan hingga bawahan

Torres turut menunjukkan bagaimana kehidupan duduk di kediaman paling mahal sehingga kehidupan sebenar di sana.

Dia juga tidak melepaskan peluang melawat rumah yang sering diduduki oleh golongan pertengahan. Menerusi video rumah yang berada di tingkat 53 itu berkeluasan 515 kaki persegi di mana ia boleh mempunyai sebanyak dua bilik tidur dan dapur. Katanya, rumah tersebut kebiasaanya diduduki oleh mereka yang baru berkahwin atau ibu bapa muda.

Jelas lelaki itu, dia mengambil masa selama 1 minit 8 saat untuk naik ke rumah flat berkenaan. Namun meskipun terpaksa menunggu masa yang lama ketika menaiki lif untuk ke rumah dengan nilai rumah yang mahal, tetapi penduduk tidak perlu menggunakan tangga seperti di apartment bajet.

Sewa rumah apartment bajet 79 kaki persegi bernilai RM1,910 sebulan

Dalam video sama, Torres turut menunjukkan reaksi Zuwei ketika pertama kali memasuki kediaman apartment bajet yang sewanya bernilai RM1,910.80 sebulan dengan keluasan 79 kaki persegi.

Menurut Torres lebih daripada 200,000 penduduk di Hong Kong duduk di rumah flat jenis itu. Malah apa yang menjadi perhatian, ruang rumah atau bilik ini hanya memuatkan sebuah katil bujang, dan juga tandas yang sempit.

“Untuk tiga hari dan dua malam saya akan duduk di sini (flat). Setakat ini, ia adalah okay buat saya kerana ia tidak mempunyai bau yang kuat kerana tingkap boleh dibuka. Maka ia mempunyai pengudaraan,” kata Zuwei.

Apartment kecil lengkap dengan penghawa dingin, peti sejuk mini dan TV

Ujarnya bagi sesorang yang berketingginan 178 sentimeter, katil tersebut adalah bersesuaian dengannya. Selain itu, rumah tersebut turut mempunyai ruang untuk menyimpan barang, televisyen, penghawa dingin serta peti sejuk mini.

Bukan hanya itu, Zuwei turut membezakan jika di Malaysia jumlah sewaan RM1,800 itu membolehkan seseorang menyewa rumah apartment tiga bilik.

“Bilik di Hong Kong sangat mahal. Kehidupan standard di Hong Kong dan harganya sangat tinggi. Selain mempunyai dinding yang lusuh, saya rasa semuanya boleh diterima.

“Namun jika saya duduk pada tempoh yang lebih lama ia mungkin lebih sukar kerana tersekat pada keluasan yang kecil untuk masa yang lama dan ini tidak bagus. Saya mungkin akan menghabiskan banyak masa di luar dan balik hanya untuk tidur.

“Malah saya tidak boleh membuat lompat bintang,” ujar Zuwei lagi.

Ramai rakyat bersyukur duduk di Malaysia

Melihat di ruangan komen, ramai rakyat Malaysia yang bersyukur duduk di negara ini dan tidak melalui realiti kehidupan seperti video tersebut.

Malah ada juga yang berpendapat sekiranya seseorang tidak kaya maka jangan bermimpi untuk menjejakkan kaki di Hong Kong.

“Kita tidak sepatutnya mempunyai rumah sebegini rupa di Malaysia. Bilik yang paling kecil lebih besar dari itu (rumah). Warga Malaysia sebenarnya gembira”
“Di Hong Kong, mereka telah hilang sabar dengan kehidupan..”
“Walaupun Malaysia sedikit ketinggalan, namun kehidupan standard penduduknya lebih baik daripada pelbagai negara. Kebanyakan penduduk mempunyai kereta dan rumah sendiri”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.