fbpx
Now Reading
Remaja Terlalu Taksub Hubungi Kekasih Lebih 100 Kali Sehari, Rupanya Ada Masalah Mental

Remaja Terlalu Taksub Hubungi Kekasih Lebih 100 Kali Sehari, Rupanya Ada Masalah Mental

Menurut doktoryang merawatnya, remaja perempuan itu tidak hanya menghubungi teman lelaki setiap jam malah turut memintanya sentiasa membuka kamera WeChat dan membalas mesej dengan segera.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lumrah orang bercinta pastinya ingin meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti.

Paling tidak akan berhubung menerusi mesej dan juga telefon untuk bertanya khabar antara satu sama lain pada setiap hari.

Remaja perempuan hubungi teman lelaki lebih 100 kali sehari

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang remaja perempuan di China apabila dia sentiasa menghubungi kekasihnya setiap hari.

Namun apa yang tidak normal adalah dia menghubungi teman lelaki lebih daripada 100 kali dalam satu hari.

Tindakan wanita berkenaan menyebabkan dia kemudiannya dirujuk ke hospital sebelum didiagnos mengalami masalah ‘otak cinta’. Dia yang dikenali sebagai Xiaoyu dari Sichuan, Selatan China telah menjadi terlalu obses sehingga perkara itu menyebabkan dia mengalami masalah kesihatan mental.

Bukan hanya itu, tindakan remaja tebabit turut membuatkan teman lelakinya sengsara, lapor South China Morning Post dipetik Yueniu News.

Sering minta teman lelaki beritahu keberadaan dan balas mesej cepat

Menurut pakar di The Fourth People’s Hospital Chengdu iaitu Dr Du Na tingkah laku remaja itu mula membimbangkan ketika dia berada di tahun pertama universiti.

Xiaoyu dan teman lelakinya mempunyai hubungan yang intim. Namun lelaki itu kemudian berada tidak selesa kerana wanita itu menjadi terlalu bergantung kepadanya dan mahu berada dekat setiap masa.

Bukan hanya itu, remaja itu juga sering meminta teman lelakinya untuk memaklumkan keberadaan dan menghubunginya hampir setiap jam tidak kira waktu siang mahupun malam.

“Lelaki itu perlu membalas setiap mesejnya secepat mungkin,” kata Du.

Sedih dan marah apabila panggilan yang dibuat tak diangkat

Dalam satu video tular, Xiaoyu dilihat berulang kali memberi mesej kepada teman lelakinya untuk membuka kamera di aplikasi WeChat.

Lelaki itu bagaimanapun tidak memberi respon dan membuatkan remaja berkenaan lalu membuat panggilan video namun masih tidak dihiraukan.

Pada satu hari, remaja berkenaan menghubungi lelaki berkenaan lebih daripada 100 kali namun tidak dijawab. Perempuan itu kemudian menjadi sedih dan marah sehingga menyebabkan dia membaling dan memecahkan barang yang ada di sekitar rumah.

Hasil pemeriksaan remaja alami masalah kecelaruan identiti

Perkara itu menyebabkan teman lelaki remaja berkenaan menghubungi pihak polis. Sebaik sahaja pihak berkuasa itu sampai, perempuan berkenaan mengugut mahu terjun dari balkoni rumah.

Dia kemudian di hantar ke hospital sebelum disahkan mengalami masalah kecelaruan identiti yang dipanggil ‘otak cinta’.

Wujud kerana takut, tekanan dan bipolar

Ujar doktor tersebut keadaan ini wujud dengan masalah mental yang lain seperti ketakutan, tekanan dan juga bipolar.

Walau bagaimanapun, pengamal perubatan itu tidak mendedahkan apakah punca sakit yang dialami remaja tersebut. Tetapi memberi gambaran ia sering berlaku kepada manusia yang tidak mempunyai hubungan baik bersama ibu bapa semasa kecil.

Katanya mereka yang mempunyai bentuk penyakit yang ringan, hidupnya tidak terjejas dan boleh baik dengan sendiri menerusi belajar menguruskan emosi mereka.

Walau bagaimanapun, pesakit yang mempunyai simptom yang ekstrim memerlukan bantuan rawatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.