fbpx
Now Reading
Tular Babak Tendang Orang Tua, Sheila Mambo Mohon Jangan Marah Janna Nick [Video]

Tular Babak Tendang Orang Tua, Sheila Mambo Mohon Jangan Marah Janna Nick [Video]

Menurut Sheila sebaik babak itu selesai dilakonkan Janna Nick terus memeluknya dan meminta maaf berkali-kali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, drama Surat Dari Tuhan yang dilakonkan oleh Janna Nick, Shukri Yahya dan juga Sheila Mambo telah menjadi perhatian apabila menggunakan dialog bersumpah di hadapan ‘Makam Nabi’ dalam satu babak sehingga menjadi kecaman orang ramai.

Malah babak yang melibatkan Janna Nick dan Sheila Mambo itu juga turut mendapat perhatian pendakwah terkenal iaitu Ustazah Asma’ Harun (UAH) yang tampil menegur dialog tersebut kerana ia dianggap sensitif selain tidak menghormati tanah suci.

Ustazah Asma’ turut meluahkan kekecewaannya dan menganggap pengguanaan ‘Makam Nabi’ dalam dialog tersebut sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Baca artikel berkaitan: “Macam Mana Boleh Terfikir Skrip Macam Ni?” – Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Tak Sensitif Di Tanah Suci [Video]

Tular babak Janna Nick tendang Shiela Mambo

Namun belum lagi surut mengenai perkara itu, drama ini sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila terdapat babak yang dikongsikan di media sosial memaparkan Janna Nick telah menendang Sheila Mambo.

Perkara itu sekali gus mendatangkan kemarahan orang ramai yang kurang senang melihat video tersebut kerana beranggapan ia sebagai sesuatu yang tidak sopan untuk dilakukan kepada individu yang lebih tua.

Sedar perkara itu menjadi bualan ramai, Sheila Mambo kemudian tampil menerusi satu hantaran dan meminta netizen untuk tidak memarahi Janna Nick.

Menerusi hantaran sama dia turut berkongsi video tular berkenaan.

Minta jangan marah Janna Nick

Jelas Sheila atau nama penuhnya Rusilawati Hassan aksi itu adalah tidak dirancang malah Janna juga telah memohon maaf kepadanya sejurus babak itu dibuat.

“MashaAllah jangan marah Janna, sebaik sahaja babak ini di ‘Cut’ Janna terus datang peluk saya dan minta maaf berkali-kali.

“Dia pun tak rancang nak buat macam ni. Saya dah maafkan dia,” ujarnya.

Menurut aktres berusia 60 tahun itu, di dalam realiti kehidupan ada sahaja anak-anak yang derhaka kepada kedua orang tua mereka secara terang dan juga halus.

Harap babak dilakonkan jadi iktibar kepada orang ramai

Malah dia berharap agar babak itu dijadikan iktibar kepada penonton selain turut meminta orang lain berhenti mengecam pelakon utama drama berkenaan iaitu Janna Nick.

“Jangan kecam Janna Nick, dia anak yang baik. Semasa saya tak sihat di Mekah dia yang jaga makan minum saya.

“Waktu tawaf sunat dia dan Personal Assistant (PA) dia banyak menjaga saya,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Hanya kuis dan bukan tendang seperti yang dilihat

Di ruangan komen, Sheila turut menyatakan Janna sebenarnya hanya menguisnya dan bukan menendang seperti yang disangka orang ramai.

“Dia cuma kuis bukan tendang, kami berlakon kena pandai melantunkan badan balik masa kena begini kena penampar atau tumbuk,” jelasnya.

Dalam pada itu, Janna Nick turut berkongsi video tersebut di Instagram miliknya dan kelihatan di ruangan komen ada yang kurang senang dengan babak tersebut.

Tidak kurang juga ada menyatakan ia satu watak yang berat untuk dibawa.

“Saya kalau jadi anak makcik ni dalam realiti, saya marah tau orang kaki kan mak saya. Jangan sebab duit”

“Watak ni berat, salute kepada Janna Nick”

“Ya Allah janganlah sampai naik kaki dekat mak mentua atau sesiapa sahaja, kita tengok pun geram”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.