fbpx
Now Reading
Ini Antara 7 Kontroversi Yang Hangat Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023

Ini Antara 7 Kontroversi Yang Hangat Di Malaysia Sepanjang Tahun 2023

Antara kontroversi sepanjang tahun 2023 adalah isu berkaitan Jocelyn Chia, Kumpulan The 1975 dan Makcik Kemboja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, tahun 2023 bakal melabuhkan tirainya. Harus diakui tahun ini sahaja, Malaysia disajikan dengan pelbagai kisah suka dan duka yang mewarnai kehidupan masyarakat di negara ini.

Isu dan kontroversi yang melanda sudah pastinya meninggalkan kesan dalam diri setiap rakyat Malaysia, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat dalam diri individu.

Jom kami kongsikan antara tujuh senarai kontroversi yang pernah menggemparkan negara ini sepanjang tahun 2023:

#1 Jadikan Tragedi MH370 Sebagai Bahan Lawak, Jocelyn Chia Dikecam Rakyat Malaysia

Tindakan pelawak stand-up komedi Singapura, Jocelyn Chia yang menjadikan tragedi MH370 sebagai bahan jenaka nyata mengundang kemarahan dan kecaman kepada rakyat Malaysia.

Ini kerana dia dilihat tidak sensitif apabila menjadikan kematian dan tragedi itu ketika membuat persembahan lawak dalam satu video yang tular di media sosial.

Tindakannya ini turut mendapat perhatian pelawak tanah air antaranya seperti Harith Iskander dan Afdlin Shauki yang menganggap tindakan Jocelyn itu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

Malah, kerajaan Singapura juga turut memohon maaf serta mendedahkan Jocelyn bukan lagi rakyat daripada negara itu.

Baca Artikel Berkaitan: Pelawak ‘Stand Up’ Komedi Singapura Kutuk Malaysia, Jadikan Tragedi MH370 Bahan Lawak

Baca Artikel Berkaitan: ‘Pelawak Perlu Ada Sensitiviti & Empati’-Harith Iskander Sekolahkan Jocelyn Chia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Jadikan MH370 Bahan Jenaka, Singapura Mohon Maaf Dedah Pelawak Jocelyn Chia Bukan Lagi Warganegara

#2 The 1975 Pamer Aksi Biadap & Hina Undang-Undang Malaysia Di GVF 2023

Masihkah anda ingat dengan tindakan biadap dari kumpulan The 1975 ketika membuat persembahan di Good Vibes Festival 2023 (GVF 2023) pada 22 Julai yang lalu?

Vokalis kumpulan berkenaan, Matty Healy telah memperlekehkan undang-undang LGBT Malaysia malah dia juga bertindak mencium pemain bass kumpulan berkenaan di hadapan ribuan penonton.

Kelakuan tidak senonohnya itu telah menyebabkan festival muzik berkenaan dihentikan serta-merta oleh pihak kerajaan.

Malah, The 1975 turut disekat dari membuat persembahan di negara ini serta berdepan dengan tuntutan lebih RM12.3 juta oleh penganjur festival tersebut, Future Sound Asia (FSA).

Baca Artikel Berkaitan: Pamer Aksi Biadap Di GVF2023, The 1975 Kena ‘Banned’ Dari Buat Persembahan Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Penganjur GVF2023 Tuntut The 1975 Bayar Ganti Rugi RM12.3 Juta Atau Berdepan Tindakan Di England

#3 Lantang Bersuara Isu Palestin, Artis Malaysia Antara Yang Terkesan

Konflik di antara Palestin dan Israel nyata membuka mata masyarakat dunia. Boleh dikatakan kebanyakan individu tanpa mengira pangkat dan status lantang menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin dan mengutuk kekejaman rejim Zionis.

Kerana tindakan lantang ini juga, segelintir artis di Malaysia menerima kesannya apabila ada di antara mereka yang terpaksa berputih mata apabila akaun media sosial seperti TikTok dan Instagram disekat serta dipadam.

Antara artis yang terkesan dengan isu ini adalah Uyaina Arshad dan Nadiah Shahab.

Kelantangan menyelar Israel turut menyebabkan penyanyi, Kaka Azraff ditamatkan kontrak bersama syarikat rakamannya.

Baca Artikel Berkaitan: “What A Waste Of Platform” – TikTok Nadiyah Shahab Kena Ban Akibat Bersuara Tentang Isu Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Lantang Bersuara Isu Palestin, Akaun TikTok Uyaina Arshad Kena Sekat Secara Kekal

Baca Artikel Berkaitan: Kontrak Kaka Azraff Bersama Warner Music Ditamatkan Gara-gara Lantang Sokong Palestin, Kritik Israel?

#4 Kisah Ebit Lew, Mondy Tatoo & Caprice

Kemelut di antara tiga individu iaitu Ebit Lew, Mondy Tatoo dan Caprice juga tersenarai sebagai kontroversi hangat yang menggemparkan negara bagi tahun 2023.

Segalanya bermula apabila Mondy membuat satu pendedahan berkaitan pendakwah terkenal, Ebit Lew dalam satu video podcast bersama Caprice.

Video tersebut menyebabkan Ebit Lew terpaksa mengambil tindakan dengan membuat laporan polis mendakwa dirinya difitnah.

Malah, pihak Caprice dan Mondy turut diminta untuk memadam segala hantaran berhubung pendakwah itu menerusi perintah injuksi yang diperolehi daripada Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor.

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Percaya Ke?”- Netizen Ragu-Ragu Dengan Pendedahan Mondy Tatoo Tentang ‘Ustaz’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ia Tiada Asas”- Ebit Lew Buat Laporan Polis, Dakwa Difitnah Melampau

Baca Artikel Berkaitan: Ebit Lew Dapat Perintah Injuksi, Mahkamah Arah Caprice & Mondy Padam Video Podcast

#5 Makcik Kemboja Gelar Melayu Pemalas

Perkauman merupakan antara isu yang paling sensitif di negara ini. Pasti anda ingat tentang kontroversi yang melibatkan usahawan wanita Kemboja, Mariyah Yaakob yang menggelarkan orang Melayu sebagai pemalas.

Kenyataan ini nyata mengundang kemarahan ramai pihak sehingga 14 laporan polis dibuat terhadapnya.

Malah, anak usahawan ini juga turut terpalit dengan kontroversi yang melanda selepas tular satu video yang mendakwa dia mencabar warganet untuk bersemuka dengannya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua beranak ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 27 November yang lalu.

Namun, kedua-duanya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka pada 6 Disember bagi pertuduhan membuat kenyataan dan memulakan komunikasi jelik dengan menghina orang di media sosial dan mahkamah menetapkan 12 Januari sebagai sebutan semula kes.

Baca Artikel Berkaitan: Usahawan Wanita Asal Kemboja Gelar Melayu Pemalas Buat Netizen Berang, Ada Yang Mahu Boikot [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku Si*l!’ – Lelaki Mengaku Anak Makcik Kemboja Berang Netizen Kutuk Ibunya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Minta Maaf Atas Khilaf” – Wanita Kemboja Mengaku Salah Gelar Melayu Pemalas [Video]

#6 Kontroversi Drama Surat Dari Tuhan

Drama Surat Dari Tuhan lakonan Shukri Yahaya dan Janna Nick boleh dikatakan antara drama yang mencipta kontroversi bagi tahun 2023.

Bermula dengan kontroversi babak lakonan di Tanah Suci Mekah, drama ini menjadi perhatian ramai terutamanya pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun (UAH) yang menegur dialog dalam drama tersebut dianggap tidak sensitif dan tidak menghormati tanah suci.

Selain itu, babak lakonan Janna Nick yang menendang Sheila Mambo juga turut menjadi bualan orang ramai apabila Janna dilihat menjiwai watak dengan menendang pelakon senior itu dengan penuh perasaan hingga dianggap tidak sopan.

Malah, babak dewasa dan lakonan wanita matang yang diterajui oleh pelakon kanak-kanak yang berusia 15 tahun, Qistina Raisah turut menjadi perhatian orang ramai di mana ada yang menganggap watak tersebut tidak sesuai dilakonkan oleh kanak-kanak itu.

Ini kerana terdapat unsur

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Boleh Terfikir Skrip Macam Ni?” – Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Tak Sensitif Di Tanah Suci [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Babak Tendang Orang Tua, Sheila Mambo Mohon Jangan Marah Janna Nick [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Babak Dewasa’ & Watak Wanita Matang Lakonan Qistina Raisah Jadi Bualan Hangat [Video]

#7 Rakaman Video Membabitkan Bekas Ketua Pengarah & Penolong Pegawai Agensi Kerajaan

Pada bulan November yang lalu, tular sebuah video perbualan lucah melibatkan seorang Ketua Pengarah dan Penolong Pegawai Agensi Kerajaan.

Video itu nyata menarik perhatian ramai apabila perbualan sesama jantina itu dibualkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dan penolong pegawainya yang dikenali sebagai Wahab.

Penularan video itu menyebabkan Mohammad Agus meletakkan jawatan serta merta malah mendakwa ada pihak yang mahu berkomplot untuk menjatuhkannya.

Ekoran daripada ini, satu siasatan berhubung video berkenaan sedang dijalankan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Mirip Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Berbual Lucah Sesama Jantina

Baca Artikel Berkaitan: Agus & Wahab Nafi Sembang Lucah, Dakwa Ada Komplot Dirancang ‘Mr H’ Untuk Jatuhkannya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mohammad Agus Dedah Siapa ‘Mr.H’ Kepada Polis

Selain itu, kami kongsikan juga antara kontroversi panas yang turut menjadi bualan hangat rakyat Malaysia.

Semoga pada tahun 2024, tiada lagi kontroversi terutamanya yang menyentuh isu sensitiviti seperti kaum di negara ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.