fbpx
Now Reading
Mohammad Agus Dedah Siapa ‘Mr.H’ Kepada Polis

Mohammad Agus Dedah Siapa ‘Mr.H’ Kepada Polis

Menurut Agus, dia telah mendedahkan siapakah individu yang digelar ‘Mr.H’ kepada polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan individu mirip seperti Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang didakwa berbual lucah bersama seorang individu dikenali sebagai Wahab.

Video itu kemudian telah menjadi perhatian netizen yang menyoalkan adakah ia benar atau sebaliknya.

Sedar mengenai penularan video tersebut, pada 17 November Mohammad Agus kemudian telah tampil dalam satu sidang media bersama Wahab bagi menjelaskan klip yang tular tersebut.

Hanya panggilan biasa bersama Wahab

Menurut Agus, panggilan tersebut adalah satu panggilan biasa di antara mereka selain menyatakan video yang tular itu telah disunting sebelum ia disebarkan.

Dakwanya, rakaman itu merupakan satu komplot yang dilakukan oleh individu bergelar ‘Mr.H’ yang dikatakan turut menjawat jawatan tinggi di J-KOM.

Agus bagaimanapun ketika sidang media tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci siapakan ‘Mr.H’ yang disebutnya.

Baca artikel berkaitan: Agus & Wahab Nafi Sembang Lucah, Dakwa Ada Komplot Dirancang ‘Mr H’ Untuk Jatuhkannya [Video]

Agus dedah mengenai identiti ‘Mr.H’

Terbaharu, bekas ketua pengarah J-KOM itu telah bertindak mendedahkan siapakah Mr.H yang didakwa mempunyai kaitan dengan video yang tersebar di media sosial itu.

Jelasnya, dia telah memaklumkan mengenai individu berkenaan ketika hadir ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang untuk membuat keterangan kepada pegawai penyiasat pada petang semalam (20 November).

“Saya sudah berjumpa pegawai penyiasat dan memberikan keterangan. Saya juga telah mendedahkan siapa ‘Mr.H’ dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Soalan polis semuanya berkaitan siasatan mengenai video (tular) itu, saya dah menjawab apa yang ditanya.

“Mengenai video itu, bukan saya yang buat. Saya tidak mahu komen tentang hal itu,” ujarnya dipetik Kosmo.

Agus telah memberi keterangan kepada pihak polis sekitar empat jam selepas tiba di IPD Kajang jam 2 petang dan selesai pada 5.30 petang.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.