fbpx

‘Mr H’ Tak Hadir Beri Keterangan Di Balai Polis Presint 11, Identiti Kekal Misteri

Menurut sumber, sesi mengambil keterangan Mr H telah ditangguh dan berkemungkinan akan diadakan hari ini (23 November) di lokasi berbeza.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tularnya satu video perbualan lucah yang didakwa sebagai bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan penolong pegawai di J-KOM yang dikenali sebagai Wahab.

Bagaimanapun, Agus menerusi satu sidang media pada 17 November lalu telah menafikan perkara tersebut dengan mendakwa video perbualan tersebut adalah palsu dan telah disunting oleh pihak tertentu demi menjatuhkan reputasinya.

Jelasnya, video yang sohor di media sosial itu merupakan satu komplot yang dilakukan oleh ‘Mr H’ iaitu seorang individu berjawatan tinggi di dalam J-KOM.

Mr H tak hadir beri keterangan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya

Pun begitu, sehingga kini identiti Mr H kekal misteri dan tidak diketahui selepas individu berkenaan tidak menghadirkan diri di Balai Polis Presint 11, Putrajaya untuk memberi keterangan pada petang semalam (22 November).

Memetik Berita Harian, lebih 20 petugas media yang berada di sana sejak pukul 4 petang juga terpaksa pulang dengan hampa selepas menerima makluman bahawa individu berkenaan tidak hadir.

Sesi ambil keterangan Mr H mungkin dilakukan hari ini di lokasi lain

Malah, menurut sumber sesi mengambil keterangan Mr H telah ditangguh dan berkemungkinan akan diadakan hari ini (23 November) di lokasi berbeza.

Sebelum ini, media melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan Mr H akan diambil di Balai Polis Presint 11, Putrajaya.

Menurutnya, setakat ini tiga saksi telah dipanggil dan dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa saksi lain akan diambil keterangan dalam tempoh terdekat.

Pihak polis belum menerima sebarang laporan daripada Wahab

Razarudin turut memaklumkan pihak polis masih belum menerima laporan daripada Wahab atau nama sebenarnya Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani berhubung video perbualan lucah terbabit.

Terdahulu, Agus menerusi sidang media memaklumkan bahawa panggilan video yang dilakukan bersama Wahab hanyalah perbualan biasa di antara mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Mirip Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Berbual Lucah Sesama Jantina

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.