Gadis Bangsa Cina Teruja Berbuka Puasa Di Putrajaya, Siap Dapat Air Jagung Percuma [Video]
Pengalaman berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Putrajaya ini menjadikan mereka lebih memahami budaya dan agama yang diamalkan oleh umat Islam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kepelbagaian latar belakang rakyat Malaysia dari segi kaum, agama dan bangsa tidak menghalang kita untuk sentiasa mengamalkan sikap bersatu padu dalam kehidupan seharian.
Perbezaan ini boleh memberi peluang kepada kita untuk mempelajari budaya bangsa lain bagi menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri.
Memandangkan umat Islam kini berada di bulan Ramadan, ada juga sesetengah masyarakat bukan Muslim turut mencuba untuk berpuasa semasa waktu siang.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma
2 Gadis Cina Teruja Dapat Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Beragama Islam Yang Lain
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@mavisfitness), gadis berbangsa Cina ini bersama seorang lagi rakannya dilihat teruja kerana berpeluang untuk menyertai sesi berbuka puasa secara piknik di Dataran Putrajaya.
Difahamkan gadis dikenali sebagai Mavis itu dan rakannya pertama kali merasai pengalaman tersebut.
Sebelum duduk di tempat mereka yang dipilih secara rawak, mereka juga sempat membeli beberapa hidangan untuk dimakan ketika berbuka puasa.
Pada masa yang sama, mereka juga teruja apabila diberikan air jagung percuma kerana beranggapan ia hanya akan diberi kepada mereka yang berpuasa sahaja.
Abang-abang sini baiknya bagi air percuma. Aik Cina pun dapat ke abang? Terima kasih abang jagung.
Mavis.
Mavis berpendapat tindakan murni lelaki itu mengingatkannya tentang prinsip bersatu pada dalam kalangan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
“Ni barulah satu Malaysia. Tak kira bangsa, tak kira agama,” kata Mavis.
Menurutnya lagi, pengalaman menyertai sesi berbuka puasa ini menjadikan mereka lebih memahami budaya dan agama yang diamalkan oleh umat Islam.
Islam mengajar kita tentang sedekah. Lagi banyak sedekah you buat, lagi banyak rezeki you akan dapat nanti. Jangan kedekut.
Mavis.
Video mereka ini telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 758,100 jumlah tontonan setakat ini.
Netizen Puji Mavis Dan Rakan Hormat Budaya Agama Lain
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang memuji tindakan dua orang wanita berbangsa Cina ini yang menghormati budaya agama Islam dan turut serta untuk berbuka puasa.
Pada masa sama, ada juga netizen yang terhibur melihat gelagat mereka yang berpura-pura membaca doa sebelum menjamah hidangan ketika sudah boleh berbuka puasa.
“Comel betul bila ikut sekali baca doa,” kata netizen.
Bukan itu sahaja, ada yang siap mengajak mereka untuk cuba berpuasa untuk meningkatkan lagi rasa syukur ketika berbuka.
Netizen melihat sikap ini sebagai salah satu bukti di mana rakyat Malaysia masih bersatu padu dan berpendapat antara punca yang menyebabkan perbalahan sering berlaku adalah kerana isu politik.
“Kehidupan harian kita semua harmoni je dengan bangsa lain. Politik yang memecahbelahkan keharmonian bangsa di Malaysia ini,” ujar netizen.
Tips Untuk Berpuasa Bagi Mereka Yang Mahu Mencuba Buat Pertama Kali
Mungkin selepas menonton video ini, ada sesetengah individu bukan beragama Islam yan mahu mencuba untuk berpuasa buat pertama kali.
Jom kami kongsikan beberapa tips untuk anda yang nak cuba untuk berpuasa. Antaranya:
- Bangun sahur.
- Elakkan mengambil minuman berkafein secara berlebihan.
- Mengamalkan menu yang tinggi dengan kandunagn protein.
- Minum air rendaman kurma ketika sahur.
- Jangan makan hidangan pedas atau berminyak.
- Jangan terlebih makan ketika sahur.
Semoga tips ini dapat membantu anda! Selamat mencuba.
Baca Artikel Berkaitan: Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!
Baca Artikel Berkaitan: 5 Khasiat Air Rendaman Kurma Untuk Kesihatan Diri Ketika Berpuasa