fbpx
Now Reading
Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik ia keluar dari petak parkir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kenderaan berwarna putih yang dipercayai Nissan Fairlady atau Nissan 350Z bertindak melanggar sebuah kenderaan berwarna hitam.

Menerusi video tular, kejadian tersebut berlaku di kawasan parkir sebuah bangunan. Awalnya kedengaran seorang wanita menjerit-jerit kepada kereta putih berkenaan.

Namun secara tiba-tiba kereta berwarna hitam keluar dan kenderaan putih itu meluncur laju merempuhnya.

Berang pasangan kekasih bising kerana bertengkar, lelaki langgar kereta

Terbaharu, polis memaklumkan kejadian itu berlaku disebabkan seorang lelaki berang dengan bunyi bising yang dilakukan oleh pasangan kekasih kerana bertengkar.

Ekoran daripada itu dia kemudian bertindak melanggar kenderaan pasangan berkenaan di sebuah kediaman di Brickfields, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood memberitahu polis awalnya mengesan video yang memaparkan kereta yang dipandu dalam keadaan bahaya dengan niat mengancam nyawa pada 25 April.

Ujarnya, menerusi semakan dilakukan mendapati ada laporan yang dibuat oleh mangsa berumur 40 tahun pada 22 April lepas.

“Pengadu memaklumkan, dia dan teman wanitanya telah bertengkar di dalam rumah dan menyebabkan bunyi bising sekitar pukul 2.15 petang.

“Suspek lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan kepada penyewa lain di rumah berkenaan berasa berang dengan pertengkaran pasangan itu.

“Perselisihan faham itu tidak terhenti di dalam rumah, menyebabkan berlakunya kejadian khianat kenderaan apabila suspek didapati dengan sengaja melanggar kenderaan pengadu yang keluar dari parkir,” jelasnya.

Suspek sudah ditahan

Katanya lagi, susulan daripada laporan diterima sepasukan polis kemudian melakukan siasatan dan bertindak menahan suspek di daerah sama kira-kira jam 6.15 petang pada 24 April lalu.

Suspek direman selama tiga hari bermula pada 24 April sehingga 26 April untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.