fbpx

Individu Dakwa Isi Minyak Kereta ‘Full Tank’ Merugikan Kerana Beban Bertambah, Pakar Jelaskan Perkara Sebenar

Berdasarkan kiraan jurutera Dr Aid Fawzal ke atas tiga jenis kenderaan, nisbah berat tangki minyak penuh dengan berat kenderaan hanyalah sekitar 3%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rata-rata pemilik kenderaan akan memilih untuk mengisi minyak penuh kerana perkara ini memudahkan dan menjimatkan masa kerana tidak perlu berulang-alik ke stesen minyak.

Namun begitu, baru-baru ini pengguna laman X, Pelabur Bijak, telah mendakwa bahawa tabiat mengisi tangki bahan api kereta sehingga penuh sebenarnya merugikan.

Katanya, ini kerana kereta akan membawa beban tambahan dalam bentuk minyak. Beban tambahan ini adalah tidak elok untuk kecekapan bahan api, yang bermakna lebih banyak petrol yang akan dibakar.

Dia menggunakan contoh kereta dengan saiz tangki 70 liter, yang akan menghasilkan beban tambahan sebanyak 52kg, iaitu bersamaan dengan satu atau dua tayar, jika diisi penuh.

“Dakwaan Ini Hanya Separa Benar” – Dr Aid Fawzal

Sehubungan itu, seorang jurutera, Dr Aid Fawzal telah menerangkan perkara ini dengan lebih mendalam menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya. Dia berkata bahawa kenyataan yang dibuat pengguna X di atas hanyalah separa benar.

Dr Aid telah melakukan contoh kiraan berat tangki penuh bagi beberapa jenis kereta, dengan menggunakan nilai ketumpatan petrol 740kg/m³.

Perodua Myvi
Berat kereta ini adalah 950kg. Ia mempunyai saiz tangki 40 liter, yang bermakna berat tangki apabila diisi penuh adalah sebanyak 30kg.

Perodua Bezza
Dengan berat sebanyak 940kg, kereta jenis Bezza mempunyai saiz tangki sebesar 36 liter dan akan menghasilkan berat sebanyak 27kg apabila diisi penuh.

Proton X70
Kereta ini mempunyai berat yang paling tinggi berbanding kesemua contoh iaitu sebanyak 1,675kg. Ia juga mempunyai tangki sebesar 60 liter dan akan mempunyai berat tambahan 44kg jika pengisian petrol secara ‘full tank’ dilakukan.

Bagi kesemua jenis kereta di atas, dia mendapati bahawa nisbah berat petrol yang diisi penuh terhadap berat kenderaan adalah sekitar 3% sahaja.

Tambahnya lagi, bagi tangki bahan api bersaiz 70 liter seperti contoh penulis asal, bermakna ia adalah kereta yang lebih besar dan lebih berat.

Gambar sekadar hiasan. (Foto: Proton)

Berat Penuh Tangki Bahan Api Tidak Signifikan Dengan Berat Kereta

Berdasarkan kesimpulan yang dibuat oleh Dr Aid, dakwaan bahawa mengisi minyak kereta dengan penuh merugikan adalah tidak benar.

Dia menerangkan bahawa berat isian penuh bahan api kereta tidak signifikan, iaitu hanya sekitar 3% daripada jumlah berat kerata berdasarkan kiraannya.

Dalam masa sama, Dr Aid berkata penggunaan petrol boleh mengalami kerugian disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  • Simpan barang-barang yang berat di dalam kenderaan tetapi tidak digunakan. Contohnya alat pembesar suara (e.g.: subwoofer) dan toolbox.
  • Pandu kenderaan secara melulu.
  • Pandu kenderaan dengan terlampau laju.
  • Pasang bodykit yang tidak aerodinamik pada badan kenderaan.

10 Tips Untuk Tingkatkan Kecekapan Bahan Api Kereta

Berbanding tidak mengisi minyak secara penuh, di sini kami kongsikan beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan kecekapan bahan api kenderaan.

  1. Kekalkan tekanan tayar yang secukupnya
  2. Kurangkan berat dalam kenderaan dengan mengeluarkan perkara-perkara yang tidak diperlukan
  3. Guna pendingin hawa secara berkadar
  4. Pandu kenderaan dengan kelajuan yang konsisten
  5. Pecut dan hentikan kenderaan secara perlahan-lahan
  6. Gunakan gear kereta sebaik mungkin, seperti menggunakan gear rendah apabila di kawasan curam
  7. Servis dan selenggara kereta mengikut masa ditetapkan
  8. Kurang biarkan enjin terpasang dalam keadaan kenderaan tidak bergerak (idle)
  9. Jangan biarkan keadaan bergerak apabila gear berada pada ‘neutral’ (coasting)
  10. Penggunaan kenderaan hibrid akan lebih menjimatkan penggunaan bahan api
Gambar sekadar hiasan. (Foto: Unsplash)
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.