fbpx
Now Reading
Niat Bantu Pengguna Jalan Raya Lain, Akhirnya Anak-anak Dihulur Duit Raya. Rezeki! [Video]

Niat Bantu Pengguna Jalan Raya Lain, Akhirnya Anak-anak Dihulur Duit Raya. Rezeki! [Video]

Selepas meminta kereta Preve berkenaan berhenti, pemandu itu memaklumkan kenderaannya terhuyung-hayang disebabkan angin tayar yang kurang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab buat semua pengguna dan tidak boleh dipandang enteng.

Oleh itu, sebagai pengguna kita juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling semasa berada di jalan raya.

Ini kerana, pengguna yang peka kepada keadaan sekeliling ketika menggunakan jalan raya mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain khususnya di musim raya ini.

Yelah ramai yang nak pulang ke kampung, ziarah sanak saudara, rakan-rakan serta banyak lagi.

Bimbang pemandu Preve mengantuk, lelaki minta berhenti kereta

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki apabila bertindak meminta kenderaan jenis Proton Preve di hadapannya berhenti kerana bimbang akan keselamatan pemandu terbabit.

Menerusi video yang tular di laman X, awalnya lelaki berkenaan melihat kereta Preve berwarna merah itu bergerak dalam keadaan terhuyung-hayang ketika meluncur di atas jalan raya.

“Aku risau kalau pemandu ni terlelap. Terdetik macam mana kalau ada bayi dalam kereta akan membahayakan nyawa,” katanya.

Rupanya angin tayar kurang, punca kereta terhuyung-hayang

Dia kemudian segera memberikan lampu tinggi beberapa kali kepada kenderaan tersebut sebagai isyarat untuk memintanya berhenti.

Sebaik melihat signal yang diberikan oleh kenderaan belakang, pemandu Preve itu kemudian bertindak berhenti di bahu jalan.

“Akhirnya pemandu ni bagi signal kiri untuk berhenti. Aku bertanya abang kenapa ke kiri kanan? Abang mengantuk ke?

“Rupa-rupanya, tayar belakang bahagian kanan kurang angin.”

Saling bersalaman dan beri duit raya kepada anak-anak

Selepas sahaja mengetahui punca sebenar lelaki itu kemudian segera bersalaman dan memaklumkan di dalam kereta tersebut sememangnya mempunyai dua orang anak kecil.

Mereka kemudian sempat berbual-bual antara satu sama lain sebelum dua pemandu itu masuk ke dalam kereta dan memberikan duit raya kepada anak masing-masing.

“Entah macam mana anak-anak kami yang untung. Masing-masing dapat duit raya.

“Sama-sama lah kita ingat mengingati,” ujarnya.

Melihat di ruangan balas, ramai yang memuji sikap lelaki berkenaan yang prihatin dan peka kepada keadaan di sekelilingnya.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan situasi yang sama.

Selain itu, aksi lelaki berkenaan mengusap perut ketika berbual dengan pemandu Preve berkenaan turut membuatkan ramai terhibur. Malah ada yang mengatakan sekiranya kaum lelaki berbual sambil mengusap perut itu tandanya semua dalam keadaan baik.

“Aman dunia kalau ramai yang macam ni”

“Lelaki usap perut bila berborak tanda semua beres. Santai tak perlu dicemaskan. Tak kecut perut orang kata”

“Memang nampak selesa macam dah lama kenal borak-borak sambil usap perut”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.