Simpati Lihat 4 Beranak Berpanas Naik Motosikal Dari Perak Ke KL, Lelaki Tumpangkan 3 Anak Kecil [Video]
Menurut lelaki berkenaan, awalnya dia hanya ingin memberikan duit raya sebelum menumpangkan tiga anak kecil itu untuk ke Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui apabila tibanya musim raya, pasti ramai di kalangan kita tidak mahu melepaskan peluang balik ke kampung untuk beraya bersama keluarga tercinta.
Malah ada yang sanggup tersekat dalam kesesakan lalu lintas, menaiki pesawat, sewa kereta asalkan dapat beraya dengan keluarga di desa.
4 beranak naik motor panas-panas dari Perak ke KL
Namun sedikit berbeza dengan sebuah keluarga ini, apabila sanggup menaiki motosikal bersama anak-anak kecil mungkin ingin pulang dari kampung.
Menerusi video yang tular di laman X, awalnya kelihatan seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Azzrul Ameer Johari bersimpati sebaik melihat keluarga tersebut ketika berhenti solat di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Hulu Bernam, Selangor.
Menurut Azzrul, dia ketika itu bersama isteri, Anis Afiqah Mohd Isa dan dua anak mereka dalam perjalanan pulang daripada Ipoh, Perak ke Ampang sebelum bertemu dengan empat beranak berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Azzrul memaklumkan wanita yang dijumpainya bersama anak kecil itu dari Teluk Intan menuju ke rumahnya di Damansara Damai, Sungai Buloh.
Awalnya nak beri duit raya kepada anak-anak kecil berkenaan
Oleh itu, dia kemudiannya keluar dari kereta dan menghampiri keluarga itu untuk memberi duit raya.
“Tadi awalnya nak bagi duit raya sebab dia orang bertiga naik motor panas-panas.
“Rupanya berempat (empat beranak), patah balik ambil duit raya lagi,” katanya.
Lelaki akhirnya tumpangkan si kecil tak sanggup lihat berpanasan naik motosikal
Disebabkan tidak sampai hati melihat mereka berpanasan, lelaki berkenaan cuba untuk membantu keluarga terbabit dengan menumpangkan kesemua anak kecil itu memandangkan dia juga dalam perjalanan ke KL.
“Tapi yang kecil sekali menangis teruk. Jadi terpaksa beri kepada ibunya semula. Bawa dua orang sahaja.
“Kita rasa kita susah, tapi sebenarnya ada yang lagi susah daripada kita.
“Kita rasa kita diuji teruk, tapi ada yang lebih diuji teruk daripada kita.
“Isteri juga setuju kerana kami kasihan melihat kakak itu menunggang motosikal bersama tiga anak dan barang mereka. Pada mulanya kakak itu tidak mahu menerima pelawaan kami yang mahu tumpangkan anaknya, tetapi selepas dipujuk dia akhirnya bersetuju tiga anak naik kereta kami,” katanya lagi.
Terima kasih orang baik. Moga Allah permudahkan urusan kalian berdua 🤲🏻 pic.twitter.com/JyZLektdJm
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) April 15, 2024
Ramai tersentuh lihat keluarga naik motosikal dari Perak ke KL
Mengintai di ruangan balas, ramai yang tersentuh dengan video tersebut kerana bersimpati dengan empat beranak berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang mendoakan lelaki tersebut kerana telah cuba sedaya upaya untuk membantu meringankan beban keluarga berkenaan.