Wanita Dedah Ditipu Ketika Buat Tempahan Penginapan Selepas Sedar Villa Tak Wujud
Selepas sedar penginapan tersebut tidak wujud, wanita itu kemudiannya cuba menghubungi pihak ‘ejen’ terbabit namun gagal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui dunia teknologi ketika ini tidak lagi memerlukan anda bersusah payah untuk membuat tempahan bilik, hotel atau inap desa setiap kali bercuti.
Malah kini banyak platform di internet yang menawarkan pelbagai pakej dan harga yang murah sesuai dengan apa yang anda perlukan ketika membuat tempahan.
Wanita kecewa dakwa ditipu ketika buat tempahan villa di Putrajaya
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pengguna wanita di X, namun dia meluahkan rasa kecewanya apabila ditipu ketika membuat tempahan penginapan di Putrajaya menggunakan satu platform tempahan yang terkenal.
Menurut @ladsheer, penginapan villa itu ditempahnya untuk berkumpul bersama keluarga. Jelasnya dia memilih membuat tempahan menggunakan platform terkenal itu kerana mempercayai akan reputasi laman berkenaan.
Dah periksa di FB sebelum buat tempahan
Malah dia turut memaklumkan telah membuat pemeriksaan menerusi Facebook dan ia kelihatan seperti boleh dipercayai sebelum menghubungi ‘ejen’ untuk membuat tempahan.
“Nampak macam boleh percaya, murah sebab baru kot,” ujarnya, dipetik NST.
Dalam gambar itu turut jelas menyatakan penginapan tersebut memililiki enam bilik tidur, lima bilik air, kolam renang kawasan parkir, BBQ dan banyak lagi.
Rupanya penginapan tak wujud, ejen tak angkat call
Namun mimpi buruknya bermula selepas dia menyedari unit penginapan tersebut sebenarnya tidak wujud. Susulan daripada itu, wanita berkenaan kemudiaan cuba menghubungi pihak ‘ejen’ namun gagal apabila individu berkenaan tidak menjawab panggilannya.
Akhirnya, dia membuat carian villa tersebut dan menyedari ia adalah satu penipuan di mana tempat penginapan itu tidak wujud.
Oleh itu, wanita berkenaan menghubungi pihak platform tersebut untuk memaklumkan tentang apa yang berlaku namun dia kecewa dengan respon yang diberi.
“Saya sangat kecewa dengan platform terbabit kerana meluluskan unit yang tidak wujud dan membenarkan penipuan berlaku di platform terbabit,” ujarnya.
Duit akan dipulangkan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja
Di ruangan balas, wanita itu turut memaklumkan dia telah mendapat e-mel daripada pihak platform berkenaan yang akan memulangkan semula wangnya dalam tempoh tujuh hingga 14 hari bekerja.
Hantaran wanita itu kemudiannya mendapat perhatian ramai yang simpati dengan nasib menimpanya. Tidak kurang juga ada segelintir yang berkongsi pengalaman pernah ditipu di platform yang sama.
Aku rasa secure sebab buat payment melalui https://t.co/1toZsGBKYL. Lepastu owner villa contact minta deposit.
— Sheer (@ladsheer) March 24, 2024
Siap ayat proper, invoice dan panduan masuk villa. Tak rasa suspicious langsung masa ni. Aku terus bayar je deposit RM300. pic.twitter.com/cc9ZAYLzyu