Tular Rakaman Mirip Bekas Pengarah Agensi Kerajaan Berbual Lucah Sesama Jantina
Terdahulu, media melaporkan seorang Ketua Pengarah agensi kerajaan telah menghantar surat peletakan jawatannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video perbualan lucah seorang lelaki mirip ketua pengarah (KP) sebuah agensi kerajaan bersama seorang lagi lelaki lain bernama ‘Wahab’.
Video berdurasi 3 minit itu mula dikongsikan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard di akaun Facebook dan TikTok miliknya
Panggilan video seperti ‘memancing’ untuk lakukan hubungan intim
Menerusi rakaman tersebut, kedengaran jelas kedua-dua lelaki terbabit yang sedang melakukan panggilan video berbual topik lucah di mana salah seorang seakan ‘memancing’ untuk melakukan hubungan terlarang.
Video tular itu turut dikongsikan di platform media sosial yang lain seperti di X (Twitter) dan aplikasi perbualan Telegram.
Chegubard menerusi ruangan kapsyen pula mempersoalkan adakah lelaki dalam video terbabit adalah Ketua Pengarah sebuah agensi kerajaan lantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan baru meletakan jawatan semalam (16 November).
“Video ini betul atau tidak? Adakah ini Ag*s, Pengarah **** lantikan Anwar Ibrahim yang telah meletakkan jawatan hari ini?
“Memang bukan rahsia pertembungan Ag*s dan beberapa watak dalam Pejabat PM…Adakah perkara ini viral kerana pertembungan **** dan ***?
“Berapa ramai lagi yang mengalami kecelaruan identiti seks yang dalam lantikan politik Anwar?” tulisnya.
Bagaimanapun, semakan kami mendapat video tersebut berkemungkinan sudah dibuang atau dipadam daripada akaun TikTok Chegubard, tetapi masih berada di akaun Facebook miliknya.
Bahkan semakan BuzzkKini mendapat ianya masih terus diperbincangkan sehingga menjadi trending di beberapa platform media sosial.
Ade Ketua Pengarah agensi kerajaan hantar surat peletakan jawatan
Terdahulu, media melaporkan seorang ketua pengarah agensi kerajaan mirip lelaki yang tular telah tmenghantar surat peletakan jawatannya.
Beliau dikatakan telah menghantar surat peletakan jawatan berkuatkuasa pada 15 November.
Letak jawatan kerana terima tawaran kerja baru
Menurutnya, keputusan meletakkan jawatan itu dilakukan kerana beliau telah menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan desakan atau tekanan oleh mana-mana pihak.
“Saya ada tawaran (kerja) baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.
“Kalau peletakan jawatan saya dipersetujui oleh Perdana Menteri nanti, saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” katanya.
Kami sudah cuba menghubungi Ketua Pengarah berkenaan, namun setakat ini belum mendapat sebarang maklum balas dari beliau.