
Jemaah Wanita Di Indonesia Solat Atas Jalan Hingga Terhalang Trak Bomba Dalam Kecemasan [Video]
Berdasarkan video terbabit, kelihatan jemaah-jemaah wanita itu juga seolah-olah tidak mengendahkan trak bomba terbabit yang sedang dalam misi memadamkan kebakaran.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap kali menjelangnya 1 Syawal, pasti umat Islam tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri di awal pagi secara berjemaah di masjid.
Bagaimanapun, sesetengah masjid tidak mampu menampung jumlah jemaah yang terlalu ramai sehingga ada yang terpaksa solat di atas jalan raya.
Situasi tersebut bukanlah satu kesalahan, namun jika tidak dipantau ia boleh mendatangkan masalah sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan jalan terbabit digunakan.
Tular trak bomba dihalang jemaah wanita yang sedang solat
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah trak bomba di Indonesia terhalang dengan jemaah-jemaah wanita yang dipercayai sedang menunaikan solat sunat Aidilfitri di atas jalan raya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @seanpurnama, difahamkan trak bomba terbabit dalam perjalanan untuk ke sebuah lokasi kebakaran.
Bagaimanapun, setibanya di sebuah kawasan jalan, jentera berkenaan tidak dapat bergerak ke hadapan kerana laluan terhalang dengan puluhan jemaah wanita yang sedang solat.
Jemaah wanita tak beri laluan dan pihak bomba hanya menunggu
Tidak hanya itu, jemaah-jemaah wanita berkenaan juga dilihat seolah-olah tidak mengendahkan trak bomba terbabit.
Malah, trak bomba itu juga dilihat tidak memaksa jemaah-jemaah itu untuk beredar, sebaliknya hanya menunggu.
“Mohon maaf jika siren kita mengganggu,” ringkas tulisnya di ruangan kapsyen.
Video sohor berdurasi 19 saat itu mendapat perhatian ramai sekali gus mengundang perdebatan pengguna TikTok mengenai perkara mana harus diberi keutamaan dahulu.
@seanpurnama Mohon maaf jika sirine kita mengganggu🙏#fypシ
♬ Satukanlah Hati Kami – Andre Mastijan
Netizen pakat berdepat siapa yang harus diutamakan
Menjengah ke ruangan komen, sebahagian netizen mengecam pihak bomba terbabit kerana tetap membunyikan siren dan mengganggu para jemaah itu yang sedang beribadah.
Pun begitu, segelintir pula menyalahi para jemaah wanita berkenaan kerana tidak memberhentikan solat mereka dan beri keutamaan kepada trak bomba itu yang dalam tugas kecemasan.



