fbpx

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam yang meninggal dunia, perlulah dimandikan sebelum dikafan, disolatkan, kemudiannya dikebumikan.

Bagi mereka yang memandikan jenazah pula, diwajibkan untuk membaca niat mandi jenazah terlebih dahulu dan niat mewudukan jenazah.

Jenazah tersebut haruslah diwudukkan dahulu sebelum dimandikan seperti mengambil wuduk biasa kecuali berkumur dan memasukan air ke dalam hidung yang perlu diganti dengan menggosok gigi dan lubang hidung si mati itu.

Boleh ke suami atau isteri mandikan jenazah pasangnya?

Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ramai, adakah suami atau isteri boleh memandikan jenazah pasangannya dan apakah batal wuduk jenazah tersebut?

Susulan itu, pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan tentang persoalan itu semasa kuliah Maghrib dan sesi soal jawab agama di sebuah masjid.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @rizaleija, UAI berkata suami atau isteri boleh memandikan jenazah pasangannya.

Wuduk suami atau isteri akan terbatal sekiranya terpegang kulit jenazah pasangan

Menurutnya, bagaimanapun wuduk suami dan isteri itu akan terbatal sekiranya tersentuh kulit pasanganya.

Namun, UAI berkata wuduk yang ada pada pasangan mereka yang telah meninggal dunia itu tidak akan terbatal.

“Bila sudah wudukkan mayat, lalu disentuh oleh orang yang membatalkan wuduk contohnya suami tersentuh kulit dengan jenazah isterinya, maka batal wuduk suami tapi wuduk mayat tak batal,” katanya.

Suami atau isteri boleh cium jenazah pasangan

Menurutnya lagi, hukum suami atau isteri mencium jenazah pasangannya juga adalah dibolehkan meskipun wuduknya akan terbatal.

“Hukumnya boleh, bila suami cium jenazah isteri, wuduk suami batal, jenazah tak batal, kalau isteri cium jenazah suami, wuduk isteri batal tapi jenazah suami tak batal,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.