fbpx
Now Reading
Agus & Wahab Nafi Sembang Lucah, Dakwa Ada Komplot Dirancang ‘Mr H’ Untuk Jatuhkannya [Video]

Agus & Wahab Nafi Sembang Lucah, Dakwa Ada Komplot Dirancang ‘Mr H’ Untuk Jatuhkannya [Video]

Agus dan Wahab mendakwa audio dalam perbualan tersebut adalah palsu dan telah disunting oleh pihak tertentu demi menjatuhkan reputasi beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Yusoff menafikan beliau dan penolong pegawai di J-KOM, Wahab ada berbual lucah seperti dalam video yang tular.

Sebaliknya, Agus mendakwa video perbualan tersebut adalah palsu dan telah disunting oleh pihak tertentu demi menjatuhkan reputasinya.

Mohammad Agus yang tampil dalam satu sidang media bersama Wahab atau nama penuhnya Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani pada Jumaat malam (17 Nov) turut mendakwa klip tersebut hanyalah satu panggilan biasa di antara mereka.

Ada komplot dari Mr H untuk jatuhkan kredibiliti, audio klip disunting

Tambah Agus lagi, video tersebut adalah satu komplot yang dilakukan oleh ‘Mr H’ iaitu seorang individu berjawatan tinggi di dalam J-Kom.

Mengakui rakaman dalam video adalah benar, Agus bagaimanapun berkata audio di dalamnya itu telah disunting sebelum disebarkan.

“Apa yang saya nak katakan video itu pertamanya saya nafikan.

“Video itu adalah suatu kandungan yang diubah, disunting dan difitnah,” kata Agus.

Dia dalam masa sama turut menjelaskan sudah melib\hat video tersebut lebih awal setelah ditunjukkan oleh seorang ahli politik. Namun beliau memilih untuk tidak mengambil sebarang tindakan.

“Saya fikir tak nak panjangkan.. cuma tak sangka lepas saya ambil tindakan mudah ini, ini yang berlaku.

“Rancangan (letak jawatan) tu soal lain. Saya tak tahu video akan tersebar,” kata Agus lagi.

Wahab dakwa jadi kambing hitam

Dalam pada itu, Wahab yang baru sahaja menyertai J-KOM turut mendakwa telah dijadikan kambing hitam bagi memerangkap Agus.

Lelaki berusia 33 tahun yang sudah berkeluarga dan mempunyai 4 cahaya mata itu turut mendakwa telah menerima arahan dari Mr H untuk berbuat demikian.

Katanya semua itu bermula selepas dia menemui Mr H di pejabatnya. Dia kemudian dibawa bertemu beberapa individu berpengaruh lain di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

“Dalam pertemuan itu, saya diberitahu kononnya Dr Agus terbabit aktiviti tidak bermoral. Mr H menyatakan beliau ditugaskan membersihkan J-KOM dari dalam dan turut meyakinkan saya bahawa beliau mendapat sokongan individu berpengaruh lain yang ingin menjatuhkan Dr Agus.

“Sebagai pegawai baru, saya berasa teruja untuk melaksanakan tugas diberikan. Saya diarah membuat rakaman perbualan video bersama Dr Agus bagi mendapatkan bukti Dr Agus terbabit aktiviti songsang dan tidak bermora

“Saya diarah untuk membuat satu rakaman perbualan video bersama Datuk Agus bagi mendapatkan bukti beliau terlibat dalam aktiviti songsang dan tidak bermoral.

“Hakikatnya video yang saya rakam adalah tidak mempunyai audio,” kata Wahab.

Terdahulu tular video seorang lelaki mirip Agus yang melakukan perbualan lucah bersama Wahab.

Video berdurasi 3 minit itu mula dikongsikan oleh Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard di akaun Facebook dan TikTok miliknya.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.