fbpx
Now Reading
6 Tutorial Pakai Samping Untuk Kaum Lelaki, Barulah Bergaya Di Pagi Raya! [Video]

6 Tutorial Pakai Samping Untuk Kaum Lelaki, Barulah Bergaya Di Pagi Raya! [Video]

Enam gaya samping ini sesuai dipakai di pelbagai acara seperti hari raya dan kenduri kahwin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Samping merupakan salah satu pakaian tradisi Melayu yang sering digayakan pada hari raya dan majlis perkahwinan.

Selain daripada cara biasa, sebenarnya terdapat pelbagai teknik memakai samping yang boleh digayakan.

Berikut kami kongsikan enam tutorial menggayakan samping beserta langkah-langkahnya yang anda boleh cuba di hari raya nanti.

#1. Teruna Mencari Jodoh

Bagi gaya ini, kepala kain diletakkan di sebelah kiri badan dan kain ditarik ke kanan. Lipatkan kain dari kanan ke kiri.

Kemudian, cubit hujung sebelah kiri kain (pada paras tangan sahaja) dan tarik ke atas. Lipatkan samping dalam lipatan kecil.

Akhir sekali, tarik samping ke sebelah kiri agar belahannya berada di bahagian tengah.

#2. Pahlawan

Gaya samping ini banyak dipakai seperti dalam filem-filem oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Ia dimulakan dengan meletakkan kepala kain tepat di belah belakang badan. Tarik kain ke sebelah kanan.

Seterusnya, cubit di bahagian tengah kain sebelah kanan dan tarik ke atas sehingga ke bahagian pinggang.

Tarik lebihan kain dari kanan ke kiri dan sematkan di belah belakang. Lipat samping seperti biasa.

#3. Bunga

Gaya ini merupakan gaya yang sering dipakai oleh pengantin lelaki sewaktu majlis kahwin.

Letakkan kepala kain di sebelah kiri dan tarik kain ke kanan. Boleh juga letakkan kepala kain di belakang.

Cubit bahagian kain berhampiran pinggang kanan, dan lipatkan secara bertindih sehingga kain habis dilipat.

Boleh pinkan kain di bahagian dalam lipatan agar ia tidak terlerai. Tarikkan bahagian kain yang telah dilipat ke atas dan betukkan bunga.

#4. Bunga Tanjung

Terdapat juga gaya samping bunga yang lebih mudah iaitu Bunga Tanjung. Ia dilakukan dengan menarik kain ke sebelah kiri.

Kemudian, tarik kain di sebelah kiri sedikit demi sedikit sehingga habis. Pegang kain yang ditarik dengan tangan sebelah lagi.

Lilit samping menggunakan tangan dan masukkan hujung kain ke dalam lubang lilitan. Lebihan kain dilipat agar menjadi bentuk bunga.

#5. Janda Berhias

Bagi gaya ini, kepala kain diletakkan di sebelah kanan dan tarik kain ke kiri. Cubit bahagian tengah kain bahagian hadapan di sebelah kiri dan dibawa ke atas.

Lipat kain yang telah ditarik ke atas ke sebelah kiri. Cubit sejengkal dari atas di belah kanan kain dan lipat ke dalam. Sematkan lipatan ke dalam kain dan kemaskan samping.

#6. Sisip Tepi Bunga

Ikatan ini boleh disambung daripada ikatan Janda Berhias. Setelah lipatan disematkan ke dalam kain, tarik lebihan kain di sebelah kiri ke kanan.

Tarik kain dari belah dalam agar kelihatan seperti bunga.

@disampinku

Ramai yg mintak ikatan bunga, korang boleh cuba cara express ni. Harap membantu! #disampinku #caraikatsamping #carapakaisamping

♬ orijinal ses – ❤️‍🔥

Cara Pemakaian Samping Mempunyai Maksud Tersendiri

Masyarakat Melayu sememangnya golongan yang mempunyai banyak bahasa tersiratnya yang tersendiri. Cara pemakaian samping juga tidak terkecuali.

Seperti kain batik, kedudukan kepala kain samping juga menunjukkan status perkahwinan seseorang.

  • Bujang – Kepala kain di sisi belah kanan
  • Berkahwin – Kepala kain di sisi kanan, tetapi berat ke belakang
  • Duda – Kepala kain di sisi kanan, tetapi berat ke depan
  • Belum berkahwin tetapi tidak ‘available’ (seperti bertunang) – Kepala kain tepat di belakang

Labuh kain juga mempunyai maksudnya yang tersendiri.

  • Bujang – Labuh kain di atas lutut, sekitar jarak dua jari
  • Berkahwin – Kain labuh di bawah lutut

Namun jika lelaki yang telah berkahwin memakai samping di atas lutut, ia membawa makna dia mempunyai niat untuk menambah isteri baharu. Para isteri tengok-tengokkan sikit suami ya!

Pastikan Lipatan Kanan Samping Di Sebelah Atas

Selain itu, pemakaian samping juga mempunyai adabnya yang tersendiri. Samping lebih beradab disarungkan dari atas kepala dan bukannya dari bawah kaki.

Menurut Pengarah Muzium Tekstil Negara, Hadijah Mohd Yunus, pemakaian samping sesuai dengan falsafah prinsip agama Islam. Ini kerana ia membawa erti menutup aurat sehingga ke paras lutut.

Selain itu, samping harus dilipat agar lipatan kanan berada di sebelah atas lipatan kiri. Katanya, ini adalah berdasarkan perbuatan qiam ketika solat.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.