fbpx
Now Reading
“Tiada Kaitan Dengan Kerajaan Lagi” – Fahmi Sahkan Agus Sudah Letak Jawatan Ketua Pengarah J-Kom

“Tiada Kaitan Dengan Kerajaan Lagi” – Fahmi Sahkan Agus Sudah Letak Jawatan Ketua Pengarah J-Kom

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital itu, dia percaya langkah-langkah untuk menggantikan Agus akan dilakukan secepat mungkin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengesahkan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusof sudah meletak jawatan.

Justeru dia berkata Agus kini sudah tiada sebarang kaitan dengan mana-mana agensi atau kerajaan.

“Saya ada bercakap dengan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM Datuk Ismail Yusop dan beliau memaklumkan menerima surat peletakan jawatan itu.

“Beliau (Agus) telah mengemukakan surat peletakan jawatannya dan kami berterima kasih kepadanya. Individu ini tiada kaitan dengan J-Kom atau kerajaan,” katanya.

Fahmi bagaimanapun menjelaskan dia belum berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu. Namun dia percaya langkah-langkah untuk menggantikan Agus akan dilakukan secepat mungkin.

Terdahulu media melaporkan Mohammad Agus telah mengesahkan bahawa dia sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

Keputusan itu diambil selepas beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

“Saya ada tawaran (kerja) baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.

“Kalau peletakan jawatan saya dipersetujui oleh Perdana Menteri nanti, saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.