fbpx
Now Reading
DuitNow QR: Tiada Caj Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro & Kecil – BNM

DuitNow QR: Tiada Caj Transaksi Ke Atas Perniagaan Mikro & Kecil – BNM

Menurut Bank Negara juga, tiada sebarang caj tambahan juga yang akan dikenakan kepada individu yang membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan semua bank-bank utama dan penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank di negara ini akan mengecualikan yuran transaksi untuk perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran DuitNow QR.

BNM dalam satu kenyatan berkata, fi transaksi yang dikenakan oleh beberapa pemeroleh ke atas perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR mulai 1 Oktober 2023, adalah susulan tamatnya pengecualian fi sementara yang diperkenalkan pada 2019.

Jelasnya langkah ini diambil untuk mengekalkan standard perkhidmatan dan keselamatan yang tinggi bagi perkhidmatan pembayaran.

“DuitNow QR tetap menjadi kaedah pembayaran yang mampu milik dan
menjimatkan kos.”

Bank Negara Malaysia

Tambah kenyataan itu lagi, tiada sebarang caj tambahan juga yang akan dikenakan kepada individu yang membuat pembayaran menggunakan DuitNow QR.

Bagi perniagaan, sebarang fi transaksi yang dikenakan terhadap pembayaran secara QR kekal rendah sama seperti fi yang dikenakan ke atas pembayaran menggunakan kad debit, atau lebih rendah daripada fi tersebut.

“Perniagaan yang menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu membayar kos berulang untuk sewaan terminal jualan (POS) bagi saluran pembayaran berasaskan kad atau kos tambahan untuk overhed dan pentadbiran bagi mengendalikan pembayaran tunai,” kata kenyatan itu lagi.

Selain itu perniagaan yang menggunakan DuitNow QR sebagai kaedah pembayaran juga tidak perlu membayar kos berulang untuk sewaan terminal jualan (point-of-sales, POS) bagi saluran pembayaran berasaskan kad atau kos tambahan untuk ‘overhead’ dan pentadbiran bagi mengendalikan pembayaran tunai

Industri akan cuba kurangkan kesan

Tegas BNM, industri akan mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kesan fi transaksi yang mungkin dihadapi oleh perniagaan kecil.

“Bank-bank utama dan para penyedia perkhidmatan kewangan bukan bank terpilih, yang menguruskan 75% perniagaan yang menerima pembayaran secara DuitNow QR pada masa ini, telah mengumumkan bahawa mereka akan terus mengecualikan fi transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.

“PayNet akan memperuntukkan sumber bagi membantu membiayai kos yang ditanggung oleh pemeroleh yang terus menawarkan pengecualian penuh kepada perniagaan mikro dan kecil yang menerima pembayaran secara DuitNow QR.”

Menurut bank pusat itu lagi, secara bersama, langkah-langkah ini akan membolehkan perniagaan mikro dan kecil terus menikmati perkhidmatan pembayaran secara DuitNow QR tanpa kos, dan pada masa yang sama memastikan perkhidmatan pembayaran QR kekal cekap, boleh diharap serta selamat untuk semua pengguna.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.