fbpx
Now Reading
Pengendali Platform QR DuitNow Sahkan Ada Caj Buat Vendor Bermula 1 November

Pengendali Platform QR DuitNow Sahkan Ada Caj Buat Vendor Bermula 1 November

PayNet bagaimanapun berkata pihaknya percaya caj terhadap penggunaan QR DuitNow berkenaan tidak akan memberikan kesan kepada harga barangan dan perkhidmatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat yang mengendalikan platform QR DuitNow, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan aplikasi itu akan mula mengenakan caj kepada penggunanya bermula 1 November ini.

Namun menurut PayNet, merchant discount rate (MDR) atau caj kadar diskaun pedagang itu yang dikenakan kepada vendor atau ‘peniaga’ bukanlah satu perkara yang baharu.

Sebaliknya ia diketepikan (waiver) bagi penggunaan QR sewaktu mekanisme pembayaran berkenaan diperkenalkan pada 2019 bagi menggalakkan orang ramai menggunakannya.

Tambah syarikat itu lagi, terdapat beberapa kekeliruan yang perlu diperjelaskan iaitu MDR adalah e-pembayaran sama yang turut dikenakan bagi pembayaran menggunakan kad kredit dan debit.

Memetik FMT, PayNet berkata pihaknya percaya caj berkenaan tidak akan memberikan kesan kepada harga barangan dan perkhidmatan.

“Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian (waiver) MDR pada pembayaran QR.

“Bermula 1 November penepian MDR akan ditarik semula,” kata PayNet dalam satu kenyataan.

Menerusi kenyataan sama, penarikan penepian itu sepatutnya dilakukan lebih awal namun ia terpaksa ditangguhkan akibat penularan Covid-19.

Selain itu, PayNet turut menjelaskan 50 sen hanya akan dikenakan untuk urus niaga melebihi RM5,000 melibatkan pemindahan dana rakan setara (peer-to-peer) iaitu daripada QR peribadi ke QR peribadi lain, dan bukannya pembayaran kepada peniaga.

Terdahulu media melaporkan penjual dan merchant yang menggunakan QR DuitNow akan mula dikenakan caj dalam masa terdekat.

Menurut laporan sama, sebanyak 0.25% akan dicaj daripada akaun penjual jika pembayaran dilakukan menerusi akaun semasa atau simpanan dan 0.50% untuk pemindahan menerusi kad kredit dan debit.

Ianya mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna Twitter berkongsi satu tangkap layar memo yang dikeluarkan RHB Reflex kepada penggunanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.