fbpx

Boikot Adalah Hak Pengguna, Kata Fuziah

Fuziah turut menjelaskan bahawa kesemua jenama asing di Malaysia adalah milik syarikat tempatan yang dimiliki menggunakan konsep francaisi induk tertakluk pada Akta Francais 1998.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Konflik di antara Palestin dan Israel telah lebih sebulan berlalu. Dalam tempoh ini, puluhan ribuan nyawa rakyat Palestin telah terkorban dan pelbagai kemusnahan infrastruktur yang melanda.

Perang ini nyata membuka mata masyarakat dunia. Kebanyakannya menyuarakan sokongan kepada penduduk Palestin dan mengutuk kekejaman Rejim Zionis.

Antara bentuk sokongan utama yang dizahirkan oleh kebanyakan individu di dunia adalah melalui boikot produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Walaupun nampak mudah, ia jelas memberikan impak yang besar terutamanya kepada syarikat yang terlibat.

Boikot Adalah Hak Pengguna

Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Fuziah Salleh berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tiada sebarang dasar berhubung tindakan memboikot sesuatu barangan oleh pengguna.

Tambah beliau, kerajaan tidak boleh menghalang tindakan memboikot terutama produk yang mempunyai kaitan dengan Israel kerana ia merupakan hak pengguna.

“Sebagai kerajaan pendirian kita adalah menyokong Palestin, itu pendirian kita. Tetapi sama ada interpretasi itu nak menyokong, boikot atau tidak, itu terserah kepada individu atau pengguna,” kata Fuziah ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Peringkat Dewan Rakyat semalam (14 November).

Jenama Asing Di Malaysia Milik Syarikat Tempatan

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kesemua jenama asing di Malaysia adalah milik syarikat tempatan yang dimiliki menggunakan konsep francaisi induk tertakluk pada Akta Francais 1998.

“Contoh seperti McDonald’s yang merupakan milik Gerbang Alaf Sdn Bhd dan Starbuck milik Berjaya Group. Syarikat Gerbang Alaf Restoran Sdn Bhd mempunyai lebih 300 outlet dan jumlah pekerja tempatan lebih 25,000 orang.

“Jenama antarabangsa ini mereka bayar royalti. Akan tetapi pengguna yang membuat keputusan,” jelas beliau.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Palestin: Sejauh Mana Keberkesanan Kempen Boikot Produk Dari Jenama Yang Sokong Israel?

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Boikot Membabi Buta” – Ustaz Don [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.