fbpx
Now Reading
Pemandu Bas Selamba Hisap Rokok Masa Isi Minyak, Pemilik Stesen Tampil Buat Aduan KPDN

Pemandu Bas Selamba Hisap Rokok Masa Isi Minyak, Pemilik Stesen Tampil Buat Aduan KPDN

Aduan itu dibuat oleh pemilik stesen agar tindakan lanjut boleh diambil kepada pemandu bas yang bertindak menghisap rokok ketika sedang mengisi minyak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang lelaki yang dipercayai pemandu bas persiaran sedang mengisi minyak sambil menghisap rokok.

Pemandu berkenaan turut bertindak membuang puntung rokok tersebut berdekat pam minyak di stesen di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah Selatan dekat Behrang, Perak.

Tindakannya itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang menyifatkan ia boleh mengundang bahaya seperti berlaku kebakaran. Malah perbuatan menghisap rokok di stesen minyak merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Dikecam Kerana Hisap Rokok Ketika Isi Minyak Bas [Video]

Pemilik stesen buat aduan KPDN berhubung video tular lelaki hisap rokok ketika isi minyak

Terbaharu, polis memaklumkan pemilik stesen minyak berkenaan telah membuat aduan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Jelas Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir tujuan aduan itu dibuat kepada KPDN agar tindakan lanjut boleh diambil kepada lelaki berkenaan.

Menurutnya video tersebut telah dikesan pada 29 Februari di media sosial berkaitan pemandu bas persiaran dengan mengisi minyak diesel sambil merokok bertempat di sebuah stesen minyak.

“Video ringkas dengan starus ‘risau pula tengok isi minyak sambil hisap rokok, nasib baik tak jadi apa-apa dekat Petron Behrang ni semalam’,” katanya.

Nasihat orang ramai jangan merokok di kawasan larangan

Ujar beliau, kesalahan tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut peraturan kawalan hasil tembakau 2004.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

Pihak polis turut memandang serius insiden yang berlaku pada 25 Februari itu dan mengingatkan orang ramai untuk tidak merokok di kawasan larangan khususnya di stesen minyak yang boleh menyebabkan cedera, bendaca dan membahayakan nyawa orang ramai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.