fbpx
Now Reading
Lelaki Dikecam Kerana Hisap Rokok Ketika Isi Minyak Bas [Video]

Lelaki Dikecam Kerana Hisap Rokok Ketika Isi Minyak Bas [Video]

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan tidak hanya menghisap rokok semasa sedang mengisi minyak tetapi turut membuang puntung berdekatan pam minyak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui apabila berada di stesen minyak terdapat beberapa perbuatan yang dilarang kerana ia merupakan kawasan mudah terbakar.

Antara perkara yang tidak boleh dilakukan adalah anda dilarang untuk menghidupkan enjin kereta sewaktu sedang mengisi minyak, bermain telefon bimbit, merokok serta banyak lagi.

Malah setiap larangan ini turut dipamerkan di setiap kawasan pam minyak untuk mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan perkara tersebut.

Namun baru-baru ini, tindakan seorang lelaki yang dipercayai pemandu bas telah menarik perhatian ramai.

Lelaki selamba hisap rokok ketika isi minyak

Menerusi video yang tular di laman X (Twitter), awalnya kelihatan lelaki berkenaan sedang mengisi minyak diesel pada bas tersebut sambil satu lagi tangan meletakkan rokok pada mulutnya.

Sebaik selesai mengisi minyak pada bas berkenaan dia kemudian bertindak mengangkat nozel itu untuk diletakkan di tempat asalnya. Namun lelaki itu dilihat hanya membiarkan rokok yang berada di mulut sewaktu melakukan perkara tersebut.

Bukan hanya itu, dia turut dilihat menghembuskan asap rokok sewaktu menutup pintu bahagian tempat isi minyak pada bas berkenaan.

Buang puntung rokok berdekatan dengan pam

Lebih menarik perhatian apabila selesai menghisap rokok berkenaan, lelaki itu tanpa rasa bersalah mencampakkan puntung rokoknya di kawasan berdekatan pam terbabit.

Tindakan lelaki tersebut telah menarik perhatian ramai yang mengecamnya kerana perbuatan tersebut boleh mengundang bahaya dan kebakaran boleh berlaku meskipun ada menyifatkan diesel tidak mudah terbakar.

Ramai kecam tindakan lelaki hisap dan buang puntung rokok merata tempat di stesen minyak

Malah ada juga yang menyifatkan meskipun diesel merupakan bahan yang tidak mudah terbakar seperti petrol tetapi stesen minyak merupakan kawasan larangan untuk merokok.

Ada juga mengecam tindakannya yang membuang puntung sesuka hati berdekatan pam kerana boleh menyebabkan kebakaran yang besar di seluruh kawasan.

Selain itu ada juga yang meminta agar pihak syarikat bas terbabit untuk mengambil tindakan atas sikap pemandu bas berkenaan.

Untuk makluman tindakan merokok di kawasan stesen minyak boleh dikenalan tindakan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Jika sabit kesalahan individu boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tak melebihi daripada dua tahun.

“Buang puntung rokok dekat pam, ada lalang terbakar, terbakar stesen minyak, bas, kereta dan bangunan sebelah. Orang tegur nanti ajak bergaduh”

“Segelintir orang ramai cakap diesel susah sikit nak bakar banding petrol. Tapi masih dekat stesen minyal, tu tempat larangan. Kalau dia terbakar sorang tak apa”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.