fbpx

KPDN Ambil Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Stesen Minyak Benarkan Kenderaan Plat Asing Isi RON95

Menurut Fuziah, tindakan membenarkan kenderaan plat asing untuk mengisi minyak RON95 adalah satu kesalahan besar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial video menunjukkan sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura mengisi minyak kuning atau RON95 sehingga mengundang perhatian.

Dalam video tersebut turut kedengaran seorang pemandu lelaki telah menegur perbuatan individu dipercayai warga Singapura terbabit selain turut memintanya meletakkan semula nozel minyak kuning.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah situasi yang pertama kali berlaku di negara kita malah sebelum ini sudah banyak kes serupa dilaporkan walhal minyak RON95 adalah minyak bersubsidi yang diperuntukkan khas buat rakyat Malaysia dan kenderaan asing tidak boleh menggunakan sewenang-wenangnya.

Baca artikel berkaitan: Lelaki Jerkah Pasangan Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]

KPDN ambil tindakan tegas kepada pemilik stesen minyak

Terbaharu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan tindakan tegas bakal diambil terhadap pemilik stesen minyak yang bertindak untuk membenarkan kereta nombor pendaftaran asing untuk mengisi minyak bersubsidi itu.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh pemilik stesen minyak hendaklah melarang pemilik kereta asing itu daripada membuat pembelian.

Jika gagal boleh berdepan dengan tindakan tegas

Jelasnya pemilik mahupun operator stesen yang gagal melaksanakan perkara itu boleh berdepan tindakan yang tegas.

“Itu merupakan satu kesalahan yang besar bagi kereta plat asing. Bagi pembelian diesel ada limitnya manakala RON95 langsung tidak boleh beli.

“Tindakan tegas boleh diambil oleh KPDN ke atas pemilik stesen minyak jika tidak melarang dan tidak membenarkan pembelian tersebut,” ujar beliau.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.