fbpx
Now Reading
“Jangan Boikot Membabi Buta” – Ustaz Don [Video]

“Jangan Boikot Membabi Buta” – Ustaz Don [Video]

Ustaz Don menyarankan orang ramai untuk memboikot dengan mengikut perintah Ulul Amri dan tidak secara membabi buta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peperangan yang berlaku di negara Timur Tengah antara Palestin dan Israel seperti belum bernoktah.

Malah setiap hari jumlah rakyat Palestin yang terkorban semakin meningkat dan perkara ini membuatkan dunia bersediha apabila mengenangkan kanak-kanak yang tidak bersalah juga menjadi mangsa.

Susulan itu, kebanyakan negara mula menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin dengan menyuarakan kekejaman rejim Zionis di media sosial, memboikot barangan dari jenama yang secara terang-terang memberi sokongan kepada Israel yang tidak berhati perut.

Ustaz Don beri pencerahan untuk boikot barangan berkaitan Israel

Terbaharu pendakwah terkenal iaitu Ustaz Don Daniyal Don Biyajid telah memberikan pendapat berkaitan kempen boikot yang sedang aktif dijalankan oleh masyarakat di negara ini.

“Bab boikot ini. Dia pertama sekali yang saya nak jawab ni boleh jadi saya salah. Sekiranya apa yang ada dalam fatwa itulah lebih betul. Ikut yang fatwa.

“Dan apa yang saya nak cakap ni saya susun satu-satu supaya kita faham, bukan kita cerita untuk melawan. Sekarang keadaan genting jangan kita terukkan lagi. Jadi dengar dengan hati yang terbuka, pemikiran yang matang,” ujarnya dalam satu video dikongsikan oleh SuriaFM di Instagram.

Sarankan boikot ikut Ulul Amri

Menurut pendakwah itu, perbuatan boikot itu sememangnya terdapat di dalam Islam, malah Nabi biasa memboikot sahabatnya yang tidak turun perang. Namun ia tidak boleh dilakukan secara melulu.

“Yang kedua bila kita nak boikot, buatlah mengikut perintah Ulul Amri (seseorang atau sekolompok orang yang mengurus kepentingan-kepentingan umat) yang bermaksud jangan boikot membabi buta. Itu istilah dia boikot.

“Ini dia bersasar, mempunyai tujuan dan matlamat.”

Nabi memboikot untuk beri pengajaran

Katanya, Nabi melakukan perbuatan boikot untuk memberi pengaran kepada para sahabat.

Namun ia bukan untuk membinasakan seseorang individu itu.

“Sebagai contoh, maaf. Hari ini orang banyak cakap tentang makanan segera. Orang banyak suruh dan banyak berlaku kepada kawan-kawan kita yang bekerja di restoran makanan segera kena berhenti kerja dan sebagainya.

“Ia bukan suatu perkara yang senang, lagi satu orang yang kerja dan menanggung keluarga balik rumah beritahu kata dia tak ada kerja, dia dibuang. Perkara itu bukan satu benda yang menarik.

“Kenapa orang hanya tuju kepada makanan segera semata-mata, kenapa (tidak) syarikat yang berpangkalan daripada Israel sendiri.

“Kita tak pernah bincang pun orang yang pegang jawatan CEO di syarikat-syarikat tu untuk letak jawatan. Seolah-olah pada saya nampak berat sebelah. Orang yang berjawatan besar, orang yang ada kuasa, tetapi syarikat-syarikat yang besar tak ada siapa pun nak cakap benda boikot.

“Perkara ini sebaliknya rakyat-rakyat marhaen yang memang kita boleh ‘titik’, kita ‘titik’ betul-betul sampai teruk kehidupan,” katanya.

Ujarnya lagi, kita semua maklum di negara ini cawangan (perniagaan) yang dimiliki oleh orang Islam sendiri dan dijaga serta tak beri sumbangan dan sebagainya.

Malah ia dimaklumkan kepada kita semua pada setiap tahun tetapi masih lagi orang buat (boikot).

Perlu ada hala tuju dan tidak sewenang-wenangnya

“Jadi pada saya boikot ini mesti mengikut ulul amri atau ketua yang mengajak kita untuk boikot, kerana kita akan membinasakan institusi kekeluargaan seseorang. Berjuang mesti ada arah tuju dan berpandu, jangan sewenang-wenangnya.

Tegasnya lagi, bukan makanan segera sahaja syarikat yang datang daripada Israel tetapi banyak lagi syarikat besar lain yang berasaskan rejim Zionis itu.

Dia juga meminta orang ramai untuk mengambil perkara itu secara berhemah selain berfikir dengan matang serta melihat apa yang berlaku.

“Antara yang mereka suruh boikot adalah syarikat yang bawa keluar traktor- traktor yang bina sempadan. Yang tu kita boikot.

“Traktor-traktor tu punya syarikat yang mana yang membantu sistem-sistem supaya boleh menyampaikan maklumat dan merosakkan fahaman orang.

“Yang itu kita boikot, saluran-saluran tu kita boleh boikot. Dia bersasar.”

Ustaz Don dalam masa sama, berharap orang ramai tenang dan dengar pendapatnya dengan berhikmah.

Sebagai rekod kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini banyak merujuk Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti BDS Malaysia untuk mengetahui senarai syarikat yang menyokong Israel.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.