fbpx
Now Reading
Netizen Serang Siti Kasim Kerana Kongsi Hantaran Peguam Pro-Israel Dakwa Keadaan Di Gaza Tidak Cukup Teruk

Netizen Serang Siti Kasim Kerana Kongsi Hantaran Peguam Pro-Israel Dakwa Keadaan Di Gaza Tidak Cukup Teruk

Netizen berkata Siti Kasim seolah-olah menidakkan segala kesengsaraan yang berlaku di Gaza dengan berbuat demikian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siti Kasim merupakan seorang peguam dan aktivis hak kemanusiaan yang terkenal dengan kelantangan bersuaranya.

Dia sering mengemukakan pendapat mengenai isu yang hangat sehingga keretanya pernah dipasang dengan bahan letupan.

Baca Artikel Berkaitan: Bahan Letupan Jenis IED Ditemui Pada Kereta Siti Kasim [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Siapa Dia Ni?” – Siti Kasim Bengang PU Riz Minta Orang Ramai Tutup Aurat Arwah Adibah Noor

Peguam Israel Dakwa Keadaan Di Gaza Tidak Teruk

Baru-baru ini, satu hantaran olehnya di laman X yang seolah-olah menyokong perkongsian oleh seorang pro-Israel, telah menerima kecaman ramai.

Merujuk kepada satu hantaran oleh seorang peguam Israel, Gal, tentang keadaan ‘sebenar’ di Gaza, Siti berkata, “Inilah keadaan di Gaza sekarang. Terpulang jika anda mahu percaya atau tidak”.

Di dalam hantaran tersebut, Gal yang berkongsi gambar orang sedang makan dan berada di tepi pantai, merasakan Gaza tidak mengalami pembunuhan beramai-ramai atau kebuluran.

Katanya, dalam ‘lawatan rangkaian sosial’ ketika itu, dia telah bertemu dengan penduduk ‘autentik’ Gaza dan mendakwa bahawa makanan yang sepatutnya diberi secara percuma dijual dengan harga mahal oleh pejuang Hamas.

“You Call Yourself An Activist?” – Netizen

Perkara ini menyebabkan netizen ‘menyerang’ Siti yang seolah-olah mempertikaikan apa yang terjadi di Gaza sehingga beberapa individu mempersoalkan kerjayanya sebagai seorang aktivis.

“Awak memperjuangkan hak kemanusiaan, tetapi sekarang seolah-olah mencadangkan bahawa keseksaan rakyat Palestin hanyalah penipuan? Di manakah komitmen awak terhadap hak kemanusiaan?”, persoal seorang pengguna X, Nadia.

Ada juga yang mempersoalkan mengapa dia memperjuangkan tanah hak milik Orang Asli di dalam negara, tetapi bersikap sedemikian terhadap keadaan di Gaza.

Malah, ada yang mengingatkan bahawa bayi tidak bersalah terbunuh setiap hari dan terdapat kes kebuluran kanak-kanak yang dilaporkan.

Netizen Kongsi Keadaan Sebenar Di Gaza

Di ruangan balas, pempengaruh Ceddy yang sentiasa bersuara tentang keadaan di Gaza, memerli Siti dengan menggunakan semula kata-katanya dengan berkongsi semula hantaran mengenai pengeboman ke atas Gaza.

Sumber: X

Seorang pengguna X lain, Kay, berkongsi berita tentang penemuan kubur beramai-ramai di Khan Younis, Gaza dengan tubuh badan tidak berkepala dan berkulit. Dia berkata berita sedemikian kerap timbul di garis masa tetapi Siti memilih untuk mempercayai propaganda Israel.

Sumber: X

Di samping itu, tidak kurang ada juga yang mencadangkan agar Siti sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan di sana secara langsung. Seorang individu juga berkata bahawa tiada orang yang waras akalnya akan mempercayai kata-kata seorang penyokong Zionis.

Sumber: X

“Rakyat Gaza Ada Makanan, Mesti Tak Sengsara” – Netizen

Dalam pada itu, terdapat beberapa pengguna X yang memerli Siti menerusi siri dialog antara keadaan di Palestin dengan apa yang ‘difikirkan’ wanita itu.

Palestin: Akhirnya ada makanan untuk 100 orang setelah 30 hari.

Siti Kasim: Rakyat Palestin sedang makan! Tak mungkin mereka kelaparan. Mereka sepatutnya telah hancur dibom.

“Gaza ada makanan, ada khemah, ada orang main kat pantai! Mesti la maksudnya mereka tak sengsara dibedil oleh Israel,” perli seorang individu.

Sumber: X

3 Juta Rakyat Palestin Perlukan Bantuan

Untuk makluman, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memohon dana untuk menyediakan “bantuan yang terdesak” kepada tiga juta rakyat Palestin.

Dalam satu laporan oleh AP, Ketua Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB di Wilayah Palestin yang diduduki, Andrea De Domenico, berkata sebanyak $2.8 juta (RM13.33 juta) diperlukan bukan hanya untuk makanan, tetapi juga kebersihan, air dan fasiliti kesihatan.

Beberapa hari lalu, sepuluh orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh setelah Israel membedil sebuah rumah di Rafah, lapor Al Jazeera.

“Peperangan itu tidak pernah terhenti walau seketika.”

Koresponden Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.