fbpx
Now Reading
Bahan Letupan Jenis IED Ditemui Pada Kereta Siti Kasim [Video]

Bahan Letupan Jenis IED Ditemui Pada Kereta Siti Kasim [Video]

Pemeriksaan yang dilakukan oleh pekerja pusat servis membawa kepada penemuan bom IED berupa dua botol minuman kosong yang dipenuhi dengan wayar dan diikat pada bahagian belakang tayar keretanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah objek disyaki bahan letupan ditemui pada kereta milik peguam dan aktivis hak asasi manusia, Siti Zabedah Kasim atau dikenali sebagai Siti Kasim.

Penemuan itu dikongsikan melalui siaran langsung di akaun Facebook miliknya kira-kira jam 1.00 petang tadi.

Hantar Kereta Untuk Servis, Pekerja Pusat Servis Temui Botol Penuh Dengan Wayar

Menerusi siaran langsung itu, dia menceritakan detik kejadian bermula apabila dia menghantar keretanya ke sebuah pusat servis kenderaan.

Menurut beliau, tindakannya menghantar kereta ke pusat servis adalah untuk memastikan kereta berada dalam keadaan yang baik kerana kenderaan itu akan digunakan ke Kelantan bagi urusan kes di negeri tersebut.

Namun, pemeriksaan yang dilakukan oleh pekerja pusat servis membawa kepada penemuan dua botol yang dipenuhi dengan wayar dan diikat pada bahagian belakang tayar keretanya.

“Saya diberitahu pemilik bengkel berkenaan dan bertanya apa sudah jadi dengan kereta saya, saya kemudian melihat gambar yang dihantar kepada saya dan sangat terkejut.

“Seseorang telah letak objek yang kelihatan seperti bom pada kereta saya. Menurut pekerja, objek itu baru sahaja dipasang,” katanya menerusi siaran langsung berkenaan.

Segera Telefon Polis Mohon Bantuan

Susulan daripada kejadian berkenaan, dia telah bertindak menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan daripada polis berhubung ancaman bom itu.

Menerusi video kedua yang dikongsikan di akaun Facebook miliknya, kelihatan pihak polis yang antaranya terdiri daripada Unit Pemusnah Bom (UPB) telah hadir di tempat kejadian bagi melakukan siasatan.

“Pihak polis kini sudah hadir dan orang ramai yang berada di pusat servis berkenaan diarahkan keluar,” katanya.

Polis Sahkan Bom Adalah Jenis IED

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor kemudiannya mengesahkan penemuan dua botol pada bahagian belakang tayar kereta Siti Kasim merupakan bom jenis Improvised Explosive Device (IED).

Namun, siasatan lanjut akan dilakukan oleh pihak polis bagi mendapat pengesahan mengenai bahan letupan itu.

“Bom tersebut kita berjaya bawa keluar dan akan dihantar kepada pakar (Unit Forensik) untuk pengesahan yang lebih tepat,” kata beliau.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.