fbpx
Now Reading
Pembantu Ketua Tentera Ukraine Maut Selepas Bom Tangan Yang Dihadiahkan Meletup

Pembantu Ketua Tentera Ukraine Maut Selepas Bom Tangan Yang Dihadiahkan Meletup

Menteri Dalam Negeri iaitu Ihor Klymenko menyifatkan ia sebagai satu kemalangan tragis selain meminta orang ramai untuk menunggu hasil siasatan rasmi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah menjadi kebiasaan apabila menyambut ulang tahun, segelintir pihak akan memberikan hadiah sebagai tanda ingatan.

Malah kadang kala hadiah yang diberikan itu juga akan memberikan kenangan indah buat si penerima.

Anggota tentera Ukraine maut kerana bom tangan meletup

Namun keadaan berbeza buat seorang anggota tentera Ukraine ini apabila dilaporkan maut selepas bom tangan yang diberikan sempena hari jadinya telah meletup.

Anggota terbabit juga merupakan pembantu rapat kepada Ketua Angkatan Tentera Ukraine, Jeneral Valery Zaluzhny.

Difahamkan semasa kejadian mangsa yang dikenali sebagai Mejar Hennadiy Chastykov berusia 39 tahun telah membawa paket hadiah tersebut pulang ke flatnya.

Namun ketika membuka hadian berkenaan bersama anak lelakinya, bom tersebut secara tiba-tiba meletup.

Anak lelaki mangsa alami kecederaan parah

Memetik laporan BBC, Mejar Chastykov dilaporkan terbunuh manakala anak lelakinya yang berusia 13 tahun mengalami cedera parah.

Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko memaklumkan kanak-kanak lelaki itu telah memusingkan ‘cincin’ yang ada pada bom tersebut.

“Kemudian, anggota tentera mengambil bom tangan daripada kanak-kanak itu dan menarik cincin itu, menyebabkan letupan tragis,” katanya.

Nyalakan bom secara tak sengaja masa rampas dari anak

Jelas pendakwa raya, anggota tentera terbabit telah mengaktifkan bom tersebut secara tak sengaja sewaktu cuba untuk merampas bahan letupan itu dari anak lelakinya.

Letupan tersebut turut disifatkan sebagai ‘kemalangan tragis’. Menteri berkenaan dalam masa sama merayu agar orang ramai menunggu hasil siasatan rasmi.

Polis memaklumkan, letupan yang berlaku di flat keluarga di Chaiky di pinggir barat Kyiv kerana “pengendalian peluru yang cuai.”

5 lagi bom dijumpai di flat, manakala 2 ketika pencarian rakan sekerja

Polis dalam masa sama menjumpai lima lagi bom tangan di flat terbabit. Klymenko berkata ia adalah hadiah dari rakan sekerja dalam tentera.

Dua bom tangan yang sama turut dijumpai semasa pencarian rakan sekerjanya itu yang difahamkan berpangkat Kolonel dalam tentera.

Gambar daripada tempat kejadian menunjukkan bom tangan yang lain berada di atas lantai flat bersama dengan beg hadiah lain.

Mejar Chastykov telah membawa bom terbabit ke rumah dalam sebuah beg bersama sebotol wiski.

Laporan lain mengatakan, rakan sekerjanya telah menyerahkan botol tersebut dengan menyatakan “Ia adalah sukar untuk membuat kejutan kepada awak: kerana itu saya memberi anda bom tangan dan sebotol wiski yang baik.”

Jeneral Zaluzhny sifatkan ia kehilangan besar buat tentera Ukraine

Jeneral Zaluzhny berkata ia adalah satu keperitan dan kehilangan yang besar buat tentera Ukraine serta buatnya secara peribadi.

Malah dia turut menyifatkan Mejar Chastyakov sebagai ‘seorang yang boleh diharapkan’ sejak permulaan pencerobohan berskala penuh Rusia pada Februari tahun lalu.

Manakala Ahli Parlimen pro-presiden iaitu Maryanan Bezulha menyifatkan kematian Mejar tersebut kerana kecuaian. Beliau bagaimanapun, menegaskan bom tersebut bukanlah sebagai hadiah.

“Saya tidak pernah menyangka Hennadiy akan mati akibat kecuaian pada hari lahirnya sendiri.

“Bom tangan dikeluarkan bukan diberikan sebagai hadiah,” ujarnya.

Pun begitu, punca insiden masih menjadi perdebatan ramai di Ukraine. Ada yang membuat spekulasi ia adalah cubaab untuk membunuh Gen Zaluzhny memandangkan dia pasti hadir ke majlis sambutan hari jadi pembantunya itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.