fbpx
Now Reading
Wanita Jumpa Bom Mortar Ketika Mahu Cari Rebung

Wanita Jumpa Bom Mortar Ketika Mahu Cari Rebung

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, hasil pemeriksaan mendapati bom tersebut dijumpai di bawah kabel pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang hanya terletak kira-kira 30 meter dari rumah mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Niat seorang wanita yang mahu mencari rebung untuk dibuat juadah sempena hari jadi ibunya tidak kesampaian apabila dia menemui objek yang dipercayai bom mortar.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di kawasan berhampiran rumah keluarganya yang terletak di Taman Tanjung Minyak pada petang semalam (31 Ogos).

Objek Ditemui Di Tepi Semak Berhampiran Rumah

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit, polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 3.15 petang melalui laporan yang dibuat di Balai Polis Tanjung Minyak.

“Hasil siasatan, wanita berkenaan yang berusia 32 tahun memberitahu, dia datang ke rumah adiknya di situ untuk bercuti dan menggunakan kawasan luar rumah untuk memasak juadah bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibunya.

“Pada pukul 3.05 petang dia telah pergi mencari rebung di kawasan semak di tepi rumah untuk dijadikan bahan masakan, namun telah menjumpai objek yang menyerupai bom dan menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak untuk tindakan selanjutnya,” kata beliau.

Objek Ditemui Di Bawah Pencawang Elektrik Tenaga Nasional Berhad

Hasil pemeriksaan polis mendapati bom tersebut dijumpai terletak di bawah kabel pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang hanya terletak kira-kira 30 meter dari rumah mangsa.

“Pada pukul 5.30 petang, pegawai dan anggota persenjataan telah sampai di tempat lokasi serta menjalankan pencarian menyeluruh di sekitar kawasan, namun mendapati tiada sebarang objek lain yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati objek yang dilaporkan adalah sebutir bom jenis mortar 60 milimeter (mm) dalam keadaan berkarat serta dipercayai telah dilancarkan,” ujarnya.

Jelas Christoper lagi, objek yang ditemui mempunyai ukuran panjang 30 sentimeter (cm) dengan ukurlilit 20 cm serta diameter 60 milimeter (mm).

Polis mengesahkan objek berkenaan tidak mengandungi bahan letupan dan telah dibawa balik ke pengkalan untuk tindakan susulan kerana kawasan tersebut tidak sesuai untuk menghapuskan objek itu.

Baca Artikel Berkaitan: AEON Mall Klebang Dikosongkan Gara-gara Panggilan Ancaman Bom, Seorang Lelaki Ditahan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Buat Ancaman Bom Palsu Dalam Penerbangan MH122, Lelaki Australia Didakwa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.