fbpx
Now Reading
4 Penungggang Motosikal Buat Aksi ‘Superman’ Di LPT1 Ditahan

4 Penungggang Motosikal Buat Aksi ‘Superman’ Di LPT1 Ditahan

Menurut polis, kesemua penunggang yang ditahan mempunyai kecederaan di bahagian tapak tangan, lutut, bahu, punggung dan kaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dipercayai di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1).

Menerusi video yang tular itu kelihatan sekitar empat individu telah melakukan aksi ‘superman’ dengan mengangkat kaki mereka sewaktu menunggang motosikal.

Namun ketika sedang melakukan aksi tersebut, salah seorang daripada mereka terjatuh ke atas jalan. Keadaan itu menyebabkan beberapa penunggang lain di bahagian belakang tidak sempat mengelak lalu turut terjatuh.

Video itu kemudiannya menjadi sohor di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai termasuklah pihak polis yang memburu penunggang melakukan aksi berbahaya di KM127 tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada 24 Disember dan telah dirakam oleh salah seorang daripada penunggang motosikal terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

Polis tahan empat penunggang motosikal buat aksi Superman

Terbaharu, polis telah berjaya menahan empat penunggang motosikal yang melakukan aksi ‘Superman’ terbabit.

Mereka yang ditahan terdiri daripada tiga orang penuntut dan juga seorang pelajar.

Penunggang motosikal ditahan di kediaman masing-masing

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis, Mazlan Hassan semua penunggang yang ditahan berusia 19, 20, 22 serta 15 tahun.

Pihak polis telah menahan penunggang terbabit di rumah masing-masing pada jam 4.42 petang, semalam (27 Disember).

Semua penunggang miliki kecederaan di beberapa bahagian anggota badan

Bertindak atas maklumat melalui video kejadian yang berlaku di Jambatan Ahmad Shah, LPT1, Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh telah bertindak untuk memburu penunggang motosikal terbabit.

“Polis kemudian menahan keempat-empat suspek untuk membantu siasatan. Turut ditemui motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan.

“Kesemua penunggang turut dikesan mengalami kecederaan di bahagian tapak tangan, lutut, bahu, punggung dan kaki.

“Seorang lagi suspek masih di kesan,” ujarnya, dipetik Harian Metro.

Kesemua penunggang yang ditahan kemudiannya di bawa ke Balai Polis Trafik Temerloh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.