fbpx
Now Reading
Hasrat Suami Bagi Isteri Tidak Sihat Makan Nasi Ayam Tak Kesampaian Selepas Maut Terbabit Kemalangan

Hasrat Suami Bagi Isteri Tidak Sihat Makan Nasi Ayam Tak Kesampaian Selepas Maut Terbabit Kemalangan

Menurut polis, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke atas jalan sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli nasi ayam di pasar malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman litar tertutup (CCTV) daripada sebuah rumah yang memaparkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda sehingga maut.

Ekoran daripada kejadian itu, seorang individu yang juga anak kepada penunggang motosikal berkenaan meminta saksi atau individu yang mempunyai rakaman dashcam ketika kejadian untuk tampil memberi kerjasama.

Menurut individu berkenaan sewaktu kejadian arwah bapanya dalam berjalanan pulang ke rumah selepas membeli nasi ayam untuk ibu yang sedang sakit.

Mangsa dalam perjalanan balik daripada pasar malam selepas beli nasi ayam untuk isteri

Terbaharu, polis memaklumkan kejadian kemalangan itu berlaku di Jalan Semenyih, Bandar Tasik Kesuma, Selangor pada 18 April lepas.

Kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan insiden tersebut berlaku pada jam 6.47 petang sewaktu lelaki berkenaan dalam perjalanan balik ke rumah dari pasar malam.

“Siasatan mendapati semasa kejadian pemandu yang merupakan lelaki tempatan bersama empat orang penumpang dalam perjalanan dari Beranang menghala ke rumah di Eco Majestic, Semenyih.

“Ketika melalui jalan tersebut, pemandu berkenaan melihat sebuah motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke atas jalan,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Disahkan meninggal di lokasi kejadian

Penunggang motosikal berkenaan dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu bagaimanapun telah tampil memberikan keterangan berhubung kes untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987. Pihak polis dalam masa sama turut meminta mana-mana individu yang mempunyai informasi mengenai insiden terbabit boleh menghubungi balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria dia talian 012 3268 496 untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.