fbpx
Now Reading
Tular Dakwaan Berlaku Cubaan Culik Di Sekolah Rendah, Murid Diumpan Dengan Duit Raya

Tular Dakwaan Berlaku Cubaan Culik Di Sekolah Rendah, Murid Diumpan Dengan Duit Raya

Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes kehilangan atau penculikan kanak-kanak sangat ditakuti oleh ibu bapa. Bukan sahaja anak kecil, malah ramai penjaga turut khuatirkan keselamatan anak mereka yang sudah menginjak remaja.

Baru-baru ini, tular di TikTok satu tangkap layar dakwaan berhubung satu cubaan menculik murid sekolah.

Menerusi kenyataan tersebut, seorang individu telah dimaklumkan oleh seorang pengawal keselamatan sekolah dikenali sebagai Kak Wani, bahawa terdapat sebuah kenderaan yang mendekati dua orang murid perempuan di hadapan pagar sebuah sekolah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang.

Kenderaan tersebut merupakan jenis Toyata Hilux berwarna kelabu dan dinaiki oleh dua individu lelaki yang tidak dikenali pengawal keselamatan terbabit.

Murid Diumpan Dengan Duit Raya

Menurut Kak Wani, murid-murid tersebut yang masih belum pulang telah dihampiri kenderaan berkenaan sebelum ditawarkan duit raya oleh individu menaikinya.

Namun, tindakan pantas pengawal keselamatan itu berjaya mengelakkan daripada terjadinya sebarang perkara tidak diingini.

Difahamkan pengawal keselamatan berkenaan telah mendekati kenderaan tersebut yang kemudiannya pergi meninggalkan kawasan sekolah itu.

Pengawal keselamatan tersebut kemudiannya mendakwa itu satu cubaan menculik murid-murid sekolah rendah menggunakan duit raya sebagai umpan.

Ibu Bapa Diminta Ambil Perhatian

Catatan yang tular itu turut mengingatkan ibu bapa agar cakna dengan situasi tersebut dan tidak membiarkan anak-anak tunggu di sekolah terlalu lama setelah sesi persekolahan tamat.

Ibu bapa juga diminta agar memberi pesanan kepada anak-anak supaya menunggu kedatangan ibu bapa di dalam pagar sekolah.

Namun, semakan kami tidak menemui sebarang info atau kenyataan rasmi dari pihak berkuasa bagi mengesahkan perkara berkenaan.

Pengawal Keselamatan Sekolah Kongsi Pengalaman Jaga Murid

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu mendakwa insiden berkenaan benar-benar berlaku malah tular di group Whatsapp.

Dalam pada itu, beberapa individu yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah telah berkongsi pengalaman mereka.

Mereka berkata memang terdapat ibu bapa yang lewat menjemput anak-anak di sekolah, malah ada murid yang harus menunggu sehingga lebih sejam.

Seorang individu berkata dia akan memastikan murid-murid tunggu di dalam pagar sekolah dan akan menemani mereka sehingga dijemput ibu bapa.

Ibu Bapa Ambil Anak Pulang Dari Sekolah Secepat Mungkin

Di samping itu, ramai ibu-ibu berkata mereka tidak akan sesekali membiarkan anak-anak menunggu di sekolah terlalu lama. Malah, ada yang siap datang lebih awal sebelum sesi persekolahan tamat.

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Bukan Cubaan Culik, 2 Warga Asing Tular Cuma Ingin Bantu Kanak-Kanak Naik Eskalator – PDRM

Baca Artikel Berkaitan: Konon Culik Anak & Minta Wang Tebusan, Hati-Hati! Ini Taktik Baru Geng Scammer [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 4 Tahun Jadi Hero Selamatkan Rakan Dalam Simulasi Culik Di Taska [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.