fbpx
Now Reading
“Macam YB” – Murid Beri Duit Raya Kepada Rakan Kelas Siap Salam Cium Tangan Buat Ramai Terhibur [Video]

“Macam YB” – Murid Beri Duit Raya Kepada Rakan Kelas Siap Salam Cium Tangan Buat Ramai Terhibur [Video]

Menurut ibu kepada kanak-kanak itu, anak lelakinya sejak awal lagi sudah berpesan untuk menyimpankan duit raya buat rakan-rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Antara amalan yang sudah menjadi tradisi bagi umat Islam ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri pastinya memberi duit raya kepada individu lain terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja.

Amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak, kaum keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga adalah sunat kerana ia termasuk dalam amalan sedekah atau hadiah yang dianjurkan di dalam Islam.

Sesetengah ibu bapa pula, pasti akan menyediakan duit raya lebih untuk diberikan kepada rakan-rakan anak dengan niat untuk bersedekah dan menggembirakan mereka.

Tular telatah murid beri duit raya kepada rakan-rakan di sekolah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video telatah seorang murid lelaki yang memberikan duit raya kepada rakan-rakan kelasnya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok ibu kepada kanak-kanak lelaki itu (@cindirellapink7), kelihatan murid-murid terbabit tersenyum gembira setelah menerima duit raya.

Dah pesan dekat ibu awal-awal untuk sediakan duit raya buat rakan kelas

Menurut wanita berkenaan, anak lelakinya itu sejak awal lagi sudah berpesan untuk menyimpankan duit raya kepada rakan-rakan kelasnya.

“Awal-awal sudah pesan simpankan duit raya untuk kawan-kawan kelasnya. MasyaAllah tabarakallah anak soleh umi, semoga membesar dengan sihat berjaya dunia akhirat.”

Siap salam cium tangan lepas dapat duit raya

Apa yang lebih mencuit hati, kelihatan murid-murid terbabit bersalam dan mencium tangan rakan mereka itu selepas menerima duit raya.

Pada masa sama, kanak-kanak lelaki itu juga dilihat gembira dapat berkongsi rezeki bersama rakan-rakan kelasnya.

@cindirellapink7

awal2 sudah pesan simpan kan duit raya untuk kawan2 kelas nya.. MasyaAllah tanarakallah anak soleh umi .. Semoga membesar dengan sihat berjaya dunia akhirat 🫶🏻 #tawau #sabah

♬ original sound – shafiq – shafiq

Netizen terhibur lihat telatah murid-murid dapat duit raya dari rakan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah murid-murid itu setelah menerima duit raya.

Kebanyakan netizen juga turut memuji sikap kanak-kanak lelaki itu yang tidak lupa untuk memberikan duit raya kepada rakan-rakan sekelasnya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.