Konon Culik Anak & Minta Wang Tebusan, Hati-Hati! Ini Taktik Baru Geng Scammer [Video]
Berdasarkan video tersebut, scammer terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM50,000 jika ingin anak mangsa yang diculik itu selamat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebelakangan ini, pelbagai taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan atau ‘scammer’ dalam talian untuk memperdaya dan mencuri wang orang ramai.
Selain menipu dengan sindiket gores dan menang, mereka juga sering membuat panggilan palsu dengan menyamar sebagai pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga dari pihak syarikat kurier.
Mangsa pula terdiri daripada pelbagai peringkat umur terutamanya golongan remaja dan warga emas yang mana rata-rata terpedaya dengan tipu helah scammer ini sehingga ada yang kerugian berpuluh ribu ringgit.
Scammer tipu konon culik anak dan minta wang tebusan
Jika sebelum ini tular mengenai satu taktik scammer yang menghantar kad jemputan kahwin dalam bentuk file APK menerusi aplikasi perbualan WhatsApp, kini golongan itu tampil dengan taktik lebih extreme apabila menipu kononnya telah menculik anak mangsa dan meminta wang tebusan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Polis JSJK Kongsi Cara Elak Ditipu ‘Scammer’ Hantar Kad Kahwin Digital [Video]
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hafizahassan2023, scammer terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM50,000 jika ingin anak mangsa yang ‘diculik’ itu selamat.
“Sekarang ni anak kamu ada di tangan kami. Kalau kamu nak anak kamu selamat, ikut arahan kami. Kamu jangan letak panggilan ini.
“Sekarang ni sediakan wang tebusan dulu sekiranya nak anak kamu selamat. Sediakan wang tebusan sebanyak RM50,000,” kata scammer itu.
Penculik cakap macam guna skrip, tak tahu duit tebusan nak hantar macam mana
Bagaimanapun, scammer terbabit dilihat kurang bijak untuk memperdaya mangsa apabila tidak menetapkan cara untuk mendapatkan wang tebusan.
Selain itu, cara percakapan juga seakan menggunakan skrip apabila ayat yang digunakan kedengaran sedikit baku tidak seperti perbualan biasa.
Tak tahu nama mangsa culik, terus letak telefon lepas kantoi menipu
Dalam video yang sama, scammer terbabit juga tidak mengetahui nama anak yang kononnya diculik dan terus meletakkan panggilan setelah menyedari taktiknya untuk memperdaya mangsa tidak berhasil.
Pun begitu, kita tidak boleh memandang ringan isu sebegini kerana mungkin ada sesetengah individu yang mudah panik dan akan termakan dengan tipu helah taktik scammer ini.
Apa-apa pun, kami menasihati agar orang ramai sentiasa berwaspada dengan panggilan daripada individu yang tidak dikenali dan jangan mudah berkongsi sebarang maklumat kepada mereka.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: