fbpx
Now Reading
Kumpulan Peguam Gesa Tangguh Pelaksanaan PADU Hingga Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi Dibuat

Kumpulan Peguam Gesa Tangguh Pelaksanaan PADU Hingga Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi Dibuat

Menurut Pengarah Lawyers for Liberty, pelaksanaan PADU sebelum pindaan akta APDP 2010 hanya akan mendedahkan orang awam kepada bahaya seperti pelanggaran data, kebocoran dan penipuan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui pada Selasa (2 Januari) yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Sistem yang dibangunkan hasil kerjasama di antara Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) antaranya bertujuan untuk membantu individu yang layak menerima manfaat dan bantuan yang sepatutnya.

Namun, sebaik dilancarkan, sistem tersebut telah mengundang reaksi daripada pelbagai pihak antaranya isu keselamatan dan lain-lain lagi.

Pelaksanaan PADU Sebelum Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Dedah Orang Awam Kepada Bahaya

Terbaharu, kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) menggesa kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan PADU sehingga pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 dibuat.

Menurut Pengarah LFL Zaid Malek, pelaksanaan sebelum pindaan akta itu hanya akan mendedahkan orang awam kepada bahaya seperti pelanggaran data, kebocoran dan penipuan.

Jelasnya, Seksyen 3(1) APDP pada ketika ini mengecualikan kerajaan daripada penguatkuasaannya. Ini bermaksud data yang terkumpul boleh disebar atau digunakan oleh kerajaan di luar tujuan yang diisytiharkan sebagai subsidi bersasar.

“Terdapat kes penyalahgunaan data oleh kerajaan sebelum ini, apabila data peribadi digunakan untuk menyebarkan propaganda menerusi SMS kepada orang awam.

“Tindakan menggunakan data yang dikumpul bagi sebarang tujuan politik akan menghilangkan kepercayaan rakyat,” katanya.

Isu Keselamatan Perlu Jadi Keutamaan

Tambah Zaid lagi, memandangkan data terkumpul dan dihimpunkan dalam satu platform, isu keselamatan data perlu diutamakan.

Malah menurut Zaid, kerajaan mempunyai rekod buruk perlindungan data apabila terdapat banyak laporan mengenai kecurian data dari pelbagai agensi yang mendedahkan pengguna kepada scam dan penipuan tanpa sebarang penyelesaian undang-undang kerana kerajaan dikecualikan daripada liabiliti di bawah akta ini.

“Sehubungan itu, tidak cukup sekadar memberi jaminan mulut bahawa data dikumpul di bawah PADU tidak disalahgunakan atau akan dilindungi.

“Pindaan ke atas APDP yang meletakkan tanggungjawab dan liabiliti ke atas kerajaan termasuk agensi yang bertanggungjawab bagi perlindungan dan keselamatan bagi data yang dikumpul, perlu dilaksanakan segera,” katanya.

Perlu Ada Sistem Untuk Aduan Awam

Jelas Zaid lagi, kerajaan juga perlu mewujudkan sistem aduan awam sekiranya berlaku perlanggaran data.

Ia bagi memastikan pengguna yang terkesan dimaklumkan mengenai perkara itu dan tindakan sepatutnya diambil oleh pihak bertanggungjawab.

Zaid turut berpendapat, pelaksanaan PADU tanpa pindaan akta tersebut hanya akan menyebabkan orang ramai tidak yakin sama ada data mereka dilindungi daripada penyalahgunaan oleh kerajaan, scammer atau individu tidak bertanggungjawab.

“Jenayah seperti ini sedang dilakukan secara meluas. Adalah pelik apabila kerajaan meneruskan usaha ini tanpa melakukan pindaan undang-undang kerana ini sama seperti ‘mendahulukan kuda sebelum pedati’,” jelasnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Sehari Dilancarkan, Bekas Ahli Parlimen Cadang Pendaftaran PADU Ditangguhkan

Baca Artikel Berkaitan: Baru Dilancarkan PMX, Ini Cara Mendaftar PADU

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.