fbpx
Now Reading
“Sesal Kemudian Tidak Berguna” – Rafizi Seru Orang Ramai Isi PADU Sebelum Pendaftaran Ditutup [Video]

“Sesal Kemudian Tidak Berguna” – Rafizi Seru Orang Ramai Isi PADU Sebelum Pendaftaran Ditutup [Video]

Menurut Rafizi, penduduk di 4,752 kawasan dikenal pasti tidak mempunyai sebarang pendaftaran PADU mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyeru rakyat Malaysia untuk melakukan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sebelum ianya ditutup pada 31 Mac ini.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun media sosial miliknya, Rafizi berkata selepas pendaftaran PADU ditutup, data pentadbiran dari pangkalan data jabatan kerajaan akan menggunakan maklumat kemas kini yang terbaharu.

Data yang dikemas kini akan digunakan untuk program dan bantuan kerajaan

Menurutnya, data yang telah dikemas kini itu akan digunakan bagi tujuan program-program kerajaan, termasuk penyasaran semula subsidi.

“Jika anda tidak mengemas kini data sebelum 31 Mac 2024, data sedia ada dalam pangkalan data kerajaan akan menentukan kelayakan anda menyertai program dan bantuan kerajaan.

“Sesal dahulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna,” katanya.

Rafizi menerusi satu sidang media semalam (18 Mac) berkata, sebanyak 5.43 juta individu di seluruh negara telah mengemas kini data masing-masing di dalam PADU.

Penduduk di 4,572 kawasan didapati tidak daftar PADU

Ujarnya, bagaimanapun penduduk di 4,752 kawasan dikenal pasti tidak mempunyai sebarang pendaftaran PADU mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.

“Penduduk di kawasan ini, walaupun dikenal pasti daripada kalangan B40 dan B60, tidak mempunyai data dalam apa-apa pangkalan bantuan kerajaan sebelum ini.

“Penduduk di lokaliti ini berisiko tercicir daripada menerima ataupun dilibatkan dalam apa-apa program dan bantuan kerajaan yang akan datang,” katanya dipetik Bernama.

Jelasnya, penelitian pengemaskinian PADU di peringkat lokaliti akan menjadi input bagi memastikan semua kawasan diliputi mempunyai perwakilan dan tidak berlaku keciciran.

Apa itu PADU dan fungsinya?

Sekadar info, PADU merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan dan mewujudkan pangkalan data yang akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua agensi kerajaan dalam membuat keputusan berpandukan data.

Selain itu, PADU juga berfungsi sebagai penambah baik kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Baca Artikel Berkaitan: “Tiba-Tiba Semua Jadi Terpaling Data” – Rafizi Ulas Cadangan Tangguh Pelaksanaan PADU

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.