fbpx
Now Reading
Bulanan Toyota Alphard Tertunggak 6 Bulan, Lelaki Menangis Merayu Ingin Pinjam RM8,500 Dari Rakan

Bulanan Toyota Alphard Tertunggak 6 Bulan, Lelaki Menangis Merayu Ingin Pinjam RM8,500 Dari Rakan

Difahamkan, lelaki terbabit sememangnya seorang yang boros dalam berbelanja sehingga tidak memikirkan tentang kemampuan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk memiliki sesuatu yang diidamkan, ia dianggap sebagai ‘self-reward’ atau ‘goals achieved’ sekiranya dapat membeli barangan tersebut.

Membeli barangan impian yang bukannya keperluan tidak menjadi satu kesalahan, namun ia boleh mendatangkan masalah di kemudian hari sekiranya terlalu berbelanja sehingga melebihi kemampuan diri.

Tular kisah lelaki dibebani hutang kerana nafsu miliki kereta mewah

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial kisah seorang lelaki yang dibebani hutang kerana terlalu mengikut nafsu untuk memiliki sebuah kereta mewah.

Menerusi perkongsian di akaun Facebook Suhaimie Pro yang dipetik dari Ejad Movi, lelaki terbabit menceritakan bahawa dia telah menerima panggilan daripada rakannya yang mengajak untuk bertemu kerana mempunyai urusan penting.

Setelah bertemu, rakannya itu kemudian menceritakan tentang masalah hutang yang sedang dihadapi dan menangis serta merayu ingin meminjam duit sebanyak RM8,500.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Nak pinjam RM8,500 untuk bayar bulanan Toyota Alphard yang tertunggak 6 bulan

Difahamkan, duit sebanyak RM8,500 itu ingin digunakan oleh rakannya untuk membayar tunggakan bulanan kereta Toyota Alphard selama enam bulan.

Bagaimanapun, lelaki terbabit memaklumkan kepada rakannya itu bahawa dia tidak mampu untuk memberi pinjaman wang sebanyak itu.

“Merayu keluar air mata darah sekali pun aku tak mampu nak beri RM8,500. RM8,500 ini belum tentu kau dapat bayar dan belum tentu boleh selesaikan masalah kau untuk akan datang,” katanya.

Gambar sekadar hiasan (Foto: FB/Diorlyn Lim)

Terpaksa cairkan aset jika ingin selamatkan kereta

Susulan itu, lelaki terbabit menasihati rakannya untuk mencairkan aset yang dimiliki jika ingin menyelamatkan kereta tersebut atau berbincang secara baik dengan pihak bank.

Menurutnya, rakannya itu sememangnya seorang yang boros dalam berbelanja sehingga tidak memikirkan tentang kemampuan dirinya

Jangan paksa diri untuk nampak kaya sampai terpaksa ‘ikat perut’

Di akhir perkongsian, lelaki terbabit menasihati orang ramai agar tidak terlalu memaksa diri untuk kelihatan kaya sehingga terpaksa ‘mengikat perut’.

Malah, golongan muda juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang pinjaman daripada bank sekiranya tiada keperluan.

“Selagi boleh pakai motosikal, naik bas, atau LRT untuk pergi kerja, redah je. Janji ada buat simpanan untuk beli aset terutamanya rumah.

“Jika teringin sangat nak pakai kereta, mulakan dengan kereta murah, dari situ kita akan belajar bagaimana nak ‘bela’ kereta,” nasihatnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.