fbpx
Now Reading
“Tiba-Tiba Semua Jadi Terpaling Data” – Rafizi Ulas Cadangan Tangguh Pelaksanaan PADU

“Tiba-Tiba Semua Jadi Terpaling Data” – Rafizi Ulas Cadangan Tangguh Pelaksanaan PADU

Menurut Menteri Ekonomi itu, akta APDP yang turut dikenali dengan PDPA hanya terpakai kepada data awam yang dikumpulkan oleh pihak swasta manakala bagi agensi kerajaan yang mengumpul data terikat dengan akta di jabatan sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (4 Januari), hangat diperkatakan media kenyataan Lawyers for Liberty (LFL) mengenai cadangan penangguhan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

LFL berpendapat kerajaan seharusnya menangguhkan pelaksanaan sistem tersebut sehingga pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 dibuat.

Menurut Pengarah LFL Zaid Malek, pelaksanaan sebelum pindaan akta itu hanya akan mendedahkan orang ramai kepada bahaya seperti pelanggaran data, kebocoran dan penipuan.

Baca Artikel Berkaitan: Kumpulan Peguam Gesa Tangguh Pelaksanaan PADU Hingga Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi Dibuat

Kerajaan Terikat Dengan Akta Jabatan Sendiri, Akta APDP Terpakai Untuk Pihak Swasta

Terbaharu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengkritik tindakan setengah pihak yang mempersoalkan pelaksanaan PADU sebelum pindaan APDP tanpa memahami akta tersebut.

Menurut Rafizi, PADU adalah data terkumpul dan bukanlah data yang baharu. Sekiranya semua data daripada agensi kerajaan dikaitkan dengan APDP, semua agensi perlu ditutup.

Tambah beliau lagi, akta tersebut hanya terpakai kepada data awam yang dikumpulkan oleh pihak swasta manakala bagi agensi kerajaan yang mengumpul data terikat dengan akta di jabatan sendiri.

“Saya faham orang risau dengan keselamatan data tapi kita juga kena faham bahawa penjawat awam mempunyai berpuluh akta yang mengawal selia pengendalian data.

“Risiko yang ada, bukan sangat pada penjawat awam tapi dengan aplikasi yang ada. Kita harus adil. Sebelum ini tiada masalah mendaftar di sana, mendaftar dengan pelbagai agensi kerajaan.

“Tapi bila kerajaan nak digitalkan servis itu, kuat kuasakan pemusatan data seperti ini, tiba-tiba semua jadi terpaling data. Kita perlu adil dengan perkara itu.

“Memahami konsep sepenuhnya adalah penting…kalau tidak, kita nampak mengarut. Kalau kita bercakap dengan akta yang kita tak faham, kita akan nampak mengarut,” katanya yang dipetik daripada Astro Awani.

Jabatan Kerajaan Mempunyai Akta Sendiri Dalam Kendalikan Data

Jelas beliau, jabatan kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masing-masing mempunyai akta sendiri dalam mengendalikan data awam.

Namun, berbeza dengan syarikat swasta di mana mereka tidak mempunyai akta sedemikian oleh sebab itu APDP dilaksanakan bagi mengawal data yang dikongsi kepada syarikat swasta.

“Saya cadangkan baca akta itu satu-persatu. Itulah sebabnya data kerajaan sebelum ini tidak boleh disatukan.

“Setiap jabatan kerajaan ada akta. Kalau nak gabung data, kena melalui proses tersendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan LFL yang berpendapat PADU tidak seharusnya dilancarkan selagi APDP tidak dipinda.

SIDANG MEDIA PASCA PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) OLEH YB MENTERI EKONOMI

SIDANG MEDIA PASCA PELUNCURAN PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) OLEH YB MENTERI EKONOMI 4 JANUARI 2024

Posted by Rafizi Ramli on Thursday, 4 January 2024

Untuk info, PADU telah dilancarkan pada 2 Januari yang lalu oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sistem itu merupakan hasil kerjasama di antara Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) antaranya bertujuan untuk membantu individu yang layak menerima manfaat dan bantuan yang sepatutnya.

Baca Artikel Berkaitan: Baru Sehari Dilancarkan, Bekas Ahli Parlimen Cadang Pendaftaran PADU Ditangguhkan

Baca Artikel Berkaitan: Baru Dilancarkan PMX, Ini Cara Mendaftar PADU

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.